Saturday, May 10, 2014

1891) HARIAN METRO 9/05/2014 - MAJLIS SELAWAT LIMA NEGARA


Headline: Majlis selawat lima negara
Publication: HM
Date of publication: May 9, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 060

Kuala Lumpur: Buat julung kalinya, majlis selawat secara besar-besaran yang membabitkan lima negara dan lima kumpulan qasidah terbaik akan dianjurkan Pertubuhan Rahmatan Lil 'Alamin (PERAHMAT), pada 15 Jun depan.

Majlis Selawat dan Salam Perdana bertemakan Gema Cinta Lima Negara Untukmu Ya Habiballah akan berlangsung jam 7.45 malam di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, di sini.

Penasihat dan pengasas PERAHMAT Ismail Kassim berkata, majlis itu adalah ikhtiar bagi menyatupadukan umat Islam yang sering berpecah belah pada zaman ini.

"Ini juga sebagai suntikan semangat bagi umat Islam dalam memerangi golongan yang suka merendahkan martabat Islam dan Nabi Muhammad SAW," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, semalam.

Ismail berkata, majlis itu juga akan diisi dengan perkongsian ilmu yang berguna, di samping memberi kesedaran mengenai selawat kepada masyarakat.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dijangka hadir pada majlis yang turut membabitkan negara Malaysia, Brunei, Aceh, Pakistan serta India ini.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan tiket masuk berharga RM10 boleh menghubungi Dr Khadijah 016-9839656/ Hasmah 019-6151588 dan Rashidan 010-4021966.


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...