Thursday, May 22, 2014

1918) HARIAN METRO - PERIT 9 BERADIK YATIM PIATU




Headline: Aidilfitri kedua tanpa ibu bapa
Publication: HM
Date of publication: Jul 31, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 022
Byline / Author: Oleh Azlan Hafeedz
Kota Bharu: Sambutan Aidilfitri agak suram buat tiga beradik yatim piatu yang putus kasih sayang seorang ibu yang meninggal dunia akibat penyakit barah, tiga tahun lalu.

Lebih menyedihkan bapa mereka, Salahuddin Maskam, 40, dikatakan menghilangkan diri sebelum pulang ke negara asalnya di Indonesia menyebabkan tiga beradik itu ditinggalkan bersama ibu saudara mereka yang miskin di Gua Musang.

Kehidupan tiga beradik itu, Siti Nur Aisyah Syazwani Salahuddin, 12; Weldany, 11, dan Syafiq Najwan, 9, mula terumbang-ambing sebelum mereka dihantar ke Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih (RTHPK) di Kemumin, Pengkalan Chepa bagi menjaga kebajikan serta masa depan mereka.

Siti Nur Aisyah berkata, Aidilfitri kali ini adalah kali kedua disambut tanpa kehadiran ibu dan bapa menyebabkan mereka tawar hati untuk beraya.

Katanya, mereka sering teringatkan masakan nasi dagang arwah ibu yang dihidang ketika pagi Syawal.

"Bagaimanapun, semua kenangan itu sudah lenyap dan setiap pagi raya, saya sering menangis kerana terlalu teringatkan wajah ibu.

"Lebih perit kedua-dua adik, Weldany dan Syafiq sering mengajak saya pulang ke Gua Musang untuk menziarahi pusara ibu, namun tidak terdaya kerana kos tambang agak mahal," katanya yang ditemui selepas Iftar Jamaie dan Majlis Silaturahim Bersama Yayasan Anak-anak Yatim (YAATIM), Peka Yatim dan RTHPK di Hotel Renaissance (HR), kelmarin.

Pada majlis itu, seramai 201 anak yatim dari tiga rumah kebajikan berkenaan diraikan pengurusan hotel berkenaan dan mereka turut menerima sumbangan duit raya disampaikan Pengurus Besar HR Izudin Merican.

Izudin berkata, program kebajikan itu sebahagian daripada projek 'Spirit To Serve Our Communities' yang dikelolakan kumpulan Marriott's setiap tahun.

Katanya, selain ibu tunggal, murid serta pelajar miskin termasuk anak yatim adalah golongan sasaran pihak pengurusan hotel untuk turut berkongsi suka dan duka bersama mereka.

"Kami tidak mahu meminggirkan golongan kurang bernasib baik kerana ia menjadi tanggungjawab untuk membantu meringankan beban mereka.

"Kita akan meneruskan program ini bagi memastikan mereka tidak rasa tersisih dan boleh menikmati kehidupan dengan lebih gembira," katanya.


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...