Friday, May 30, 2014

1969) HARIAN METRO 30/05/2014 - Gesa boikot rangkaian produk


Headline: Gesa boikot rangkaian produk
Publication: HM
Date of publication: May 30, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 023
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru semua pengguna di negara ini supaya memboikot seluruh produk dikeluarkan Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd berikutan sikap tidak bertanggungjawab syarikat itu yang mengeluarkan bahan makanan berunsur `syubhah'.

Aktivis PPIM Sheikh Abd Kareem S Khadaied berkata, tindakan untuk memboikot kesemua produk keluaran syarikat terbabit bersesuaian sebagai tanda protes sekali gus memberi pengajaran kepada pihak pengurusannya.

"Langkah memboikot kesemua produk ini sangat perlu kerana ia memberi pengajaran kepada syarikat itu supaya lebih bertanggungjawab serta memberi iktibar kepada syarikat lain agar sentiasa berhati-hati di masa depan.

"Kita bukan ingin menghukum mereka, tetapi ini adalah langkah pengajaran supaya Cadbury (Cadbury Confectionary) lebih profesional serta bertanggungjawab terhadap setiap produk keluarannya," katanya dalam satu sidang akhbar, di sini, semalam.

Pada masa sama, PPIM dan Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar) melancarkan kempen `Boikot Secara Total' terhadap semua produk keluaran syarikat terbabit.

Beliau berkata, syarikat besar seperti Cadbury harus mengetahui sensitiviti masyarakat di negara ini terutama orang Islam dan jika didapati mengandungi unsur syubhah, mereka perlu menarik kembali produk tanpa menunggu kenyataan daripada mana-mana agensi kerajaan.

"Laporan makmal dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Februari lalu, kini sudah Mei, kenapa mereka (Cadbury) tidak mengambil langkah proaktif menarik semula produk, sebaliknya, menunggu kenyataan daripada agensi kerajaan," katanya.


No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...