Saturday, May 10, 2014

1892) BERITA HARIAN 8/05/2014 - BADAN KHAS PERLU DIBERI KUASA



Headline: Badan khas perlu diberi kuasa
Publication: BH
Date of publication: May 8, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 020

Kuala Lumpur: Badan atau jawatankuasa khas bagi mengawal selia pengendalian umrah perlu diberi kuasa untuk membenarkan atau menolak agensi pelancongan yang memohon untuk menyediakan pakej umrah.

Ini bagi memastikan hanya agensi pelancongan yang menepati standard ditetapkan diberi kebenaran mengendalikan pakej umrah, sekali gus mengekang penipuan dan penyelewengan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman yang menyokong umrah dikawal selia seperti jemaah haji berkata, pihak berwajib perlu meneliti sejauh mana kuasa badan atau jawatankuasa khas dicadangkan itu.

Katanya, ini termasuk penetapan standard yang meliputi modul dan kemampuan agensi untuk mengendalikan pakej umrah berdasarkan keupayaan kewangan mereka.

"Semua agensi pelancongan, umrah atau haji diselia Kementerian Pelancongan tapi tiada penyeliaan khusus kepada agensi yang buat umrah. Ini babitkan nama baik negara dan maruah Islam," katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas cadangan jemaah umrah dikawal selia seperti haji oleh Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) berikutan peningkatan kes penipuan umrah di negara ini.

Tetapkan kos minimum

BUMITRA yang mengemukakan cadangan itu selepas BH melaporkan isu penipuan pakej umrah yang semakin kritikal turut mencadangkan penetapan kos minimum dan pengeluaran lesen khas umrah.

Menyokong cadangan sama, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman menyifatkan langkah mengawal selia umrah kena pada masanya kerana peningkatan jemaah umrah yang melebihi 200,000 setahun selain peningkatan kes penipuan umrah.

"FOMCA akui memang tiada kawalan, siapa-siapa boleh kendalikan. Kadang-kadang tiada lesen, tapi guna lesen orang lain termasuk individu bergelar ustaz.

"Cadangan menetapkan anggaran kos minimum juga wajar bagi mengelakkan orang ramai terpedaya. Kita harap pihak terbabit juga tetapkan standard khas bagi pengendalian umrah untuk kepentingan pengguna," katanya.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...