Thursday, May 8, 2014

1888) MAJLIS SALAWAT DAN SALAM PERDANA - GEMA CINTA 5 NEGARA UNTUK MU YA HABIBALLAH


MAJLIS SALAWAT & SALAM PERDANA – GEMA CINTA  5 NEGARA UNTUK MU YA HABIBALLAH

PPIM - 8/5/2014 Telah diadakan satu sidang media untuk mewawarkan satu majlis keagamaan iaitu  Dunia sekarang digemparkan dengan peperangan dan pembunuhan terbuka. Peperangan ini pula kebanyakan melibatkan orang islam. Pihak musuh islam telah mengeluarkan kenyataan yang tidak benar bekenaan islam. Akan tetapi, umat Islam dibunuh dengan tampa ada nilai di negara-negara Islam seperti Iraq, Palestine dan banyak lagi.  Mereka mengatakan bahawa islam ini adalah pengganas, jahat dan sebagainya. Pada hakikatnya, islam adalah agama yang menerapkan kasih sayang, hormat menghormati dan saling bertoleransi.

Dengan adanya kes seperti ini, Pertubuhan Rahmatan Lil ‘Alamin mengumpulkan ulama ulama dari 5 negara dan ia terdiri dari Malaysia, Brunei, Acheh, Pakistan dan India untuk menunjukkan kesatuan umat islam dalam Majlis Selawat Dan Salam Perdana ‘Gema Cinta 5 Negara Untuk Mu Ya Nabiballah’

Didalam majlis ini, mereka akan mencurahkan ilmu berkenaan kesedaran tentang salawat dan banyak lagi. Saelain itu mengajar cara selawat dengan betul yang jarang diajar oleh ulama kitab. Disini diterangkan bahawa perbezaan antara ulama kitab dengan ulama billah. Ulama kitab mengajar tentang Al-Quran, Islam, Syariah dan lain-lain yang bedasarkan kitab. Namun ulama billah pula mengajar cara mendekati Allah, mengenal diri dan banyak lagi yang tiada didalam kitab-kitab.

Tetamu VIP yang dijempun ke majlis ini adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menjangka seramai 3000 orang akan menghadiri majlis ini. Pada masa ini, dijangka 100 orang dari dari Acheh akan hadir ke majlis ini. Ini kerana, pada minggu lepas sambutan majlis ini di Acheh disambut meriah oleh rakyat-rakyat disana.


Dengan ini pihak PPIM menyokong penuh majlis ini dan menyeru rakyat Malaysia untuk membanjiri majlis ibadah lagi berilmu seperti ini.








No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...