Showing posts with label JALUR LEBAR. Show all posts
Showing posts with label JALUR LEBAR. Show all posts
Saturday, April 18, 2015
Tuesday, May 20, 2014
1914) JALUR LEBAR
Jalur Lebar.
Jalur lebar adalah satu dari laman yang tiada batasan.
Manusia menimba ilmu, mendapatkan informasi dan behibur dengan menggunakan
jalur lebar. Ia diibaratkan sebagai satu
dunia yang tiada penghujungnya. Penggunaan jalur lebar juga boleh dikaitkan
dengan cara dan niat yang baik atau buruk. Itu berdasarkan niat seseorang
tersebut.
Kes penipuan, pecah amanah, pengubah suaian perisian,
pengodam, fitnah dan banyak lagi adalah kes-kes yang sering terjadi dalam kalangan
pengguna jalur lebar ini. Pengguna jalur lebar kerap terdedah dengan masalah. Siapakah
yang perlu dipersalahkan jika kes-kes ini berlaku kepada pengguna tersebut?
Kehidupan harian manusia yang serba mudah ini membuat kita
lalai dan leka. Kemudahan yang ingan disampaikan adalah berkenaan sistem
perbankan jalur lebar. Penggunaan sistem ini sememangnya memudahkan pengguna,
tidak perlu beratur, tidak perlu menunggu giliran dan mudah digunakan. Begitu
mudahnya transaksi ini dilakukan |hanya dengan satu klik sahaja transaksi telah
dilakukan. Tetapi awas! Pengguna boleh tertipu dengan sistem ini. Terdapat penggodam
menggunakan latar belakang laman sesawang bank yang asli untuk membuat satu
laman sesawang palsu. Disitu pelanggan yang tidak peka melihat alamat sesawang
yang palsu itu akan memasukkan data peribadi seperti kata laluan dan “user
name” . Data yang dimasukkan pengguna akan digunakan oleh penggodam untuk menggodam
akaun pengguna tersebut.
Selain itu, penggunaan internet yang tiada batasan kepada
kanak-kanak boleh mendorong mereka untuk melihat pada laman sesawang yang
berunsur seksual. Islam mengajar manusia untuk menjaga akhlak individu. Baik
yang dewasa mahupun kanak-kanak. Terdapat laman sesawang yang menyediakan
gambar-gambar porno dan dan juga video porno tanpa tapisan. Oleh itu, ibu bapa memain
peranan yang penting dalam mengawasi anak-anak mereka ketika menggunakan jalur
lebar.
Penggunaan “facebook, twitter” dan lain-lain juga boleh
memakan diri. Ini kerana penggunaan laman sosial juga boleh menjadi tempat
penipuan terbesar diabad ini. Disinilah tempat dimana manusia yang bernafsu
buaya mencari mangsa mereka. Mereka akan menipu wanita-wanita dan memberi ayat-ayat
manis sehingga wanita-wanita ini boleh menggadaikan maruah diri mereka. Maka berhati-hatilah
dalam memilih kawan didalam laman sosial seperti ini.
Friday, January 3, 2014
1076) HARIAN METRO 1/1/2014 PPIM DAKWA PENYEDIA PERKHIDMATAN JALUR LEBAR
Headline: PPIM dakwa penyedia perkhidmatan jalur lebar
Publication: HM
Date of publication: Jan 1, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 054
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan
mengambil tindakan mahkamah terhadap sebuah syarikat penyedia perkhidmatan
jalur lebar mudah alih berikutan kegagalan syarikat itu menyediakan
perkhidmatan seperti dijanjikan kepada ribuan pelanggannya.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, syarikat
berkenaan didakwa bukan saja gagal menyediakan capaian Internet seperti
dijanjikan, malah pelanggan berdepan prosedur rumit jika mahu menamatkan
langganan dengan caj dan bayaran tambahan tidak munasabah.
Lebih teruk, ramai pelanggan mendakwa syarikat akan
menggantung perkhidmatan sekiranya mereka enggan membayar yuran langganan
ekoran capaian Internet tidak memuaskan di kawasan pelanggan serta tidak
setimpal dengan bayaran dibuat walaupun aduan sudah dibuat kepada syarikat itu.
"Bagaimanapun, selepas menggantung perkhidmatan,
pelanggan tetap dikenakan bayaran langganan sehingga tamat kontrak.
"Ini jelas menunjukkan ketidakadilan serta berunsur
penipuan kerana perkhidmatan ditamatkan atau digantung syarikat itu sendiri.
"Lebih teruk, pelanggan yang tidak menjelaskan tuntutan
syarikat berkenaan turut disenaraihitamkan dengan syarikat rujukan kredit,
Credit Tip Off Sdn Bhd (CTOS) hingga menghadapi kesulitan memohon pinjaman
bank," katanya pada sidang media aduan beberapa pelanggan syarikat
perkhidmatan jalur lebar itu di Pejabat PPIM di sini, semalam.
Sebelum ini, syarikat berkenaan dipercayai menerima kecaman
daripada 18,000 pengikut menerusi sebuah kumpulan di Facebook yang diwujudkan
sejak tiga tahun lalu bagi berkongsi pengalaman dan masalah berkaitan
perkhidmatan syarikat terbabit.
Nadzim berkata, berikutan ribuan pelanggan gagal mendapat
maklum balas sewajarnya daripada syarikat terbabit, pihaknya dimaklumkan
syarikat itu diberi tempoh sehingga esok untuk memberi penjelasan kepada
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu itu.
"Sehubungan itu, PPIM menggesa syarikat terbabit tampil
menyelesaikan masalah dihadapi hampir kebanyakan pelanggan mereka secepat
mungkin. Jika gagal berbuat demikian, kita tidak teragak-agak mengheret
syarikat itu ke muka pengadilan," katanya.
Sementara itu, mangsa yang juga pengendali ruangan kumpulan
berkenaan di Facebook, Mohd Rizuani Mohd Yahya, 38, mendakwa menerima e-mel
daripada syarikat berkenaan yang mahu akaun kumpulan itu ditutup dua tahun lalu
dan dia dijanjikan habuan serta tunggakan miliknya dihapuskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(178)
-
▼
May
(6)
- AKTIVITI | SESI PERBICANGAN STRATEGIK BERSAMA MANT...
- AKTIVITI | SESI KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT S...
- PODCAST PPIM - FESTIVAL HUJAN MAKSIAT?? - PPIM - 0...
- BERSAMA HENTIKAN BULI | ANTI BULLY CENTRE (ABC) - ...
- ADUAN | BAYAR LEBIH RM100,000, MASIH DITUNTUT: PPI...
- AKTIVITI | TINJAUAN PENGANJURAN RAIN AND RAVE: TID...
-
▼
May
(6)


