Artikel oleh: Harian Metro
PENYEDIA PLATFORM MEDIA SOSIAL PERLU HENTIKAN IKLAN JUDI
BANGI, Rabu – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak yang berwajib agar segera menyiasat tindakan ceti haram atau lebih dikenali sebagai `along’ yang bertindak menghina agama islam.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, memohon Kemeneterian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyegerakan dan membuat siasatan itu dengan secara serius.
“Saya tidak lihat ada keperluan untuk menghina agama Islam.
“Kata-kata yang digunakan itu sehingga saya sendiri tidak sanggup untuk membacanya. Kita tidak boleh berdiam diri apabila dimaki dan dicerca.“Perkara ini boleh menjadi ancaman kepada keharmonian negara kerana mereka memaki orang Melayu dan juga orang Islam,” katanya.
Turut hadir bersama, Pengarah Penyelidikan Latihan PPIM, Izham Nayan dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.
Nadzim juga berharap agar pihak kerjaan dan pihak berwajib mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan ceti haram ini yang semakin hari naik daun beroperasi secara dalam talian.
Tambahnya lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hendaklah lebih peka terhadap isu yang semakin parah kerana ini melibatikan keselamatan dan juga data peribada para pengguna.
“Pengguna akan meminjam wang menggunakan aplikasi yang dimuat turun. Apabila mereka menggunakan aplikasi ini maklumat peribadi yang terkandung dalam telefon pintar mereka boleh diakses oleh along.
“Menteri yang berkenaan perlu melihat isu ini dengan lebih mendalam, kes membabitkan along ini memang biasa tetapi kegiatan atas talian ini luar biasa. Apabila data daripada telefon pintar pengguna dapat diakses, along dapat melakukan apa sahaja yang mereka mahukan,” katanya.
Tambah Nadzim lagi, terdapat daripada sesetengah along ini tidak mempunyai perasaan takut dan gentir akan kepada pihak berkuasa, malah mereka mencabar untuk melakukan laporan pihak polis.
“Perkara ini terjadi setiap hari dan juga sudah lama berlaku. Saya harapkan akan ada satu perubahan. Oleh sebab itu, saya mohon pihak polis dan MCMC tubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini.
“Takkanlah kita mahu biarkan pengguna meminjam sebanyak RM150 tetapi perlu membayar semua sebanyak RM5,000. Sesuatu tindakan dilakukan, apa lagi yang kita tunggu. Saya yakin perkara ini boleh diselesaikan,” katanya.
Artikel oleh: TV Pertiwi
CETI HARAM HINA AGAMA ISLAM, PPIM GESA KDN, JAKIM BERTINDAK
https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/ceti-haram-hina-agama-islam-ppim-gesa-kdn-jakim-bertindak/
Kuala Lumpur: Kegiatan mempromosikan judi dalam
talian secara terbuka di platform media sosial yang semakin 'agresif' perlu
dibendung bagi mengelak wujud lebih ramai kaki judi hingga mengundang kerosakan
kepada masyarakat.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) Datuk Nadzim Johan sehubungan itu menggesa pihak berkuasa segera
menyekat jenayah sosial itu daripada terus berleluasa.
Katanya, apa yang menyedihkan iklan judi di media
sosial sebenarnya bukanlah perkara baharu sebaliknya sudah lama berlaku.
"Saya pun tak tahu macam mana iklan judi di
media sosial ini masih berterusan sebab penyedia platform media sosial pun ada
kawalan sebenarnya.
"Contohnya ada penyedia plafform media sosial
boleh menyekat kandungan yang menyiarkan mengenai syarikat perubatan atau
farmaseutikal tertentu. Tetapi pelik, kandungan iklan judi boleh siar pula.
"Penyedia plafform media sosial kena buat
sesuatu, tak boleh lepas tangan. Malah ada iklan menggalakkan judi dengan
tawaran wang pendahuluan supaya berjudi," katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, jika berlanjutan maka kegiatan judi
akan menjadi bertambah teruk dan membarah dalam masyarakat.
Katanya, pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia (SKMM) kena main peranan untuk aktif mengesan dan menyekat
sebarang iklan judi.
"Saya tahu apabila sekat nanti ada lagi
kewujudan iklan baru, tetapi memang kena sekat. Tiada pilihan kena teruskan
sekatan secara maksimum.
"Mungkin ada kaedah guna kata kunci tertentu
maka ia disekat secara automatik," katanya.
Pemantauan Harian Metro mendapati pengusaha judi
dalam talian bukan sahaja bagai tidak gentar dengan operasi bertalu-talu pihak
berkuasa, malah turut mempromosikan kegiatan mereka secara terbuka di media
sosial.
Penelitian dilakukan Metro mendapati terdapat
sekurang-kurangnya dua laman sosial menggunakan nama Malaysia diikuti kira-kira
16,000 pengguna.
Pemeriksaan bagi pentadbiran kedua-dua laman sosial
berkenaan turut memaparkan pentadbir berada di Malaysia.
Sistem platform media sosial terbabit akan mengenal
pasti kedudukan pentadbir berdasarkan penggunaan lokasi ketika memuatnaik bahan
ke laman sosial itu.
Salah satu laman sosial judi dalam talian itu turut
memaparkan hadiah wang tunai dimenangi pelanggan sebagai salah satu promosi
kepada kaki judi.
Antara paparan di laman sosial itu, terdapat satu
promosi kononnya pelanggan mereka berjaya memenangi hadiah wang tunai RM45,000
dengan turut menunjukkan wang yang diikat rapi.
Artikel oleh: Harian Metro
SEKAT SEGERA IKLAN JUDI DI MEDIA SOSIAL - PPIM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/03/950947/sekat-segera-iklan-judi-di-media-sosial-ppim
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa segera menyiasat tindakan ceti haram atau along yang menghina agama Islam.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, mohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk siasat perkara itu secara serius.
“Saya tidak lihat ada keperluan untuk menghina agama Islam.
“Kata-kata yang digunakan itu sehingga saya sendiri tidak sanggup untuk membacanya. Kita tidak boleh berdiam diri apabila dimaki dan dicerca.
“Perkara ini boleh menjadi ancaman kepada keharmonian negara kerana mereka memaki orang Melayu dan juga orang Islam,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Penyelidikan Latihan PPIM, Izham Nayan dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.
Selain itu, Nadzim juga menggesa kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan ceti haram atau along yang semakin aktif beroperasi secara dalam talian.
Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu lebih peka terhadap isu ini kerana ianya membabitkan keselamatan dan juga data peribadi pengguna.
“Pengguna akan meminjam wang menggunakan aplikasi yang dimuat turun. Apabila mereka menggunakan aplikasi ini maklumat peribadi yang terkandung dalam telefon pintar mereka boleh diakses oleh along.
“Menteri yang berkenaan perlu melihat isu ini dengan lebih mendalam, kes membabitkan along ini memang biasa tetapi kegiatan atas talian ini luar biasa. Apabila data daripada telefon pintar pengguna dapat diakses, along dapat melakukan apa sahaja yang mereka mahukan,” katanya.
Nadzim juga berkata, terdapat segelintir along itu tidak mempunyai perasaan takut kepada pihak polis, malah mencabar supaya laporan polis dilakukan terhadapnya.
“Perkara ini terjadi setiap hari dan juga sudah lama berlaku. Saya harapkan akan ada satu perubahan. Oleh sebab itu, saya mohon pihak polis dan MCMC tubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini.
“Takkanlah kita mahu biarkan pengguna meminjam sebanyak RM150 tetapi perlu membayar semua sebanyak RM5,000. Sesuatu tindakan dilakukan, apa lagi yang kita tunggu. Saya yakin perkara ini boleh diselesaikan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Artikel oleh: The Merdeka Times
PPIM GESA KDN, JAKIM SIASAT CETI HARAM HINA ISLAM
https://themerdekatimes.com/news/2023/03/ppim-gesa-kdn-jakim-siasat-ceti-haram-hina-islam/
Ah Long semakin licik untuk memperdaya mangsa termasuk menggunakan pelbagai apps terkini.
Sumber: Malaysia Gazette TV
MGNEWS: PERLU ADA JAWATANKUASA KHAS TANGANI AH LONG - PPIM
Mula sebagai peminjam, namun akibat gagal bayar hutang, mereka akhirnya bersekutu dengan Along.
Itu taktik sindiket terbaharu dikesan polis Selangor yang akhirnya menahan sembilan warga tempatan termasuk sepasang suami isteri.
Sumber: Buletin TV9
SINDIKET ALONG REKRUT PEMINJAM GAGAL BAYAR HUTANG
KUALA LUMPUR —Jawatankuasa khas membanteras peminjam wang tanpa lesen atau ‘ah long’ perlu ditubuhkan kerana modus operandi kumpulan itu semakin licik.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, sindiket itu kini menggunakan media sosial untuk mempromosikan kegiatan mereka.
Katanya, ah long-ah long tersebut menggunakan kata-kata manis pada iklan di laman sosial dan kredit komuniti untuk memperdaya mangsa menekan pautan.
Pautan itu kemudian akan membawa kepada aplikasi standalone yang akan dimuat turun dan membolehkan ah long mendapatkan akses kepada maklumat peribadi melalui telefon bimbit mangsa.
“Apabila mangsa klik pada pautan berkenaan dan memberi persetujuan kepada aplikasi berkenaan secara automatik segala maklumat akan dihantar kepada pihak ketiga yang dikawal along.
“Sindiket kemudian akan menghantar mesej seolah-olah meminta bantuan kewangan kepada keluarga atau sesiapa sahaja kenalan di dalam telefon bimbit mangsa.
“Para kenalan yang bersimpati akan membayarkan hutang berkenaan kononnya untuk menolong mangsa,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Jelas Nadzim, walaupun telefon bimbit dibekalkan dengan sistem keselamatan tetapi ia boleh dilangkau apabila akses diberikan selepas mangsa menekan persetujuan pada aplikasi tertentu.
Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengkaji permasalahan ini dan bertindak tegas.
Sementara itu, Nadzim turut mendakwa terdapat ah long yang bukan sahaja tidak gentar dengan pihak berkuasa seperti polis malah kumpulan itu juga menghina Islam.
Dalam video yang dipaparkan semasa sidang media menunjukkan ah long terbabit mengugut, maki hamun mangsa termasuk menghina Islam dan polis.
Selain itu, Nadzim turut berkongsi satu salinan kad pengenalan mangsa yang diconteng dengan kata-kata kesat.
Katanya, pihak seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan SKMM tidak boleh membiarkan hasutan seumpamanya berlarutan.
Ini kerana menurut Nadzim, ia akan mengganggu kedaulatan Islam dan keharmonian negara.
Dalam pada itu, berkongsi tentang keghairahan ah long menaikkan bayaran ‘bunga’ terhadap mangsa, Ketua Operasi PPIM (Banteras Ah Long), Siti Khadijah Hassan Berseri berkata, hanya kerana lewat lima minit membayar hutang, bunga akan dinaikkan dari RM200 hingga ke RM5,000. -MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
PERLU ADA JAWATANKUASA KHAS TANGANI AH LONG LICIK - PPIM
https://malaysiagazette.com/2023/03/29/perlu-ada-jawatankuasa-khas-tangani-ah-long-licik-ppim/
TVPPIM | AH LONG HINA ISLAM AMARAN TOQQI...
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa bertindak tegas dengan sindiket ceti haram atau along yang didapati semakin licik memperdaya orang ramai termasuk kaedah terkini menggunakan sistem aplikasi.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, kebiasaannya sindiket menggunakan iklan di media sosial seperti Facebook (FB) dengan ayat baik termasuk kredit komuniti sebelum individu terpedaya untuk menekan pautan.
Katanya, ia akan membawa kepada aplikasi tertentu yang membolehkan sindiket along mengawal telefon milik mangsa.
"Apabila mangsa klik di FB dan setuju, ia secara automatik dihantar kepada pihak ketiga dikawal along. Segala nombor turut dalam kawalan sindiket dan mereka biasanya akan 'serang' keluarga terdekat mangsa.
Pihak keluarga mangsa sangkakan memang mangsa yang kongsikan nombor telefon mereka sedangkan sindiket sudah menguasai telefon.
Sebanyak mungkin kenalan itu akan bayarkan untuk satu hutang kononnya untuk menolong mangsa melunaskan hutang," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, walaupun telefon mempunyai sistem keselamatan atau sekuriti tetapi ia boleh diambil alih apabila mangsa sudah mengklik persetujuan tertentu.
"Bukan saja Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah Komunikasi dan Digital (KKD), malah semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) kena kaji perkara ini dan bertindak tegas.
"Aplikasi digunakan sindiket berupaya menyedut maklumat sebelum maklumat itu dimanipulasi untuk memperdaya sehingga menyebabkan kerugian besar," katanya.
Sementara itu, Nadzim turut meminta pihak berkuasa membanteras along yang bukan saja tidak gentar dengan polis malah ada video tersebar menghina Islam.
Katanya, pihak seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan SKMM tidak boleh membiarkan hasutan seumpamanya berlarutan.
"Antara masalah besar apabila kita lihat kepada profil video seumpamanya ialah mereka tak boleh bercakap Melayu dengan baik. Ini datang daripada sistem pendidikan mana.
"Ia mengganggu gugat Islam sekali gus keharmonian negara. Nanti akan wujud situasi kumpulan ini akan terus membenci khususnya orang Islam dan orang Melayu.
"Siapa mereka ini yang kerjanya nak merosakkan perhubungan antara kaum? Tak ada sebab sebenarnya untuk mereka berbuat begitu memaki hamun. KDN, Jakim, SKMM perlu bertindak segera sebab memang ada yang tak kena dengan senario ini," katanya.
NADZIM (tengah) pada sidang media berkaitan isu along di ibu negara. FOTO Hazreen Mohamad. |
Artikel oleh: Harian Metro
ALONG SEMAKIN MELAMPAU, BANTERAS SEBELUM PARAH - PPIM [METROTV]
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sindiket ah long yang kini aktif secara atas talian dan melampaui batas sehingga menghina agama Islam.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, sindiket ah long merupakan satu isu besar namun masih boleh ditangani.
Katanya, isu ini bertambah kritikal apabila ah long giat menggunakan aplikasi yang mana sangat berbahaya kerana membolehkan pihak ketiga mengakses segala maklumat peminjam.
“Terdapat satu kes pinjaman yang mana pengadu hanya meminjam RM150 namun bayaran balik mencecah RM2,000 dalam tempoh sebulan.
“Setelah memuat turun aplikasi tertentu, ah long dapat segala akses dalam telefon pintar termasuk maklumat peribadi peminjam khususnya ahli keluarga terdekat.
“Kita mohon semua pihak kaji perkara ini yang mana impaknya menyebabkan keretakan rumah tangga dan sebagainya. Mungkin Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu lebih peka tentang sindiket ini,”katanya ketika sidang akhbar di Villa Puteri kondominium, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, sindiket ah long juga dilihat semakin melampaui batas apabila mereka tergamak menghina serta memaki hamun agama Islam.
“Golongan ini terlalu lama melakukan aktiviti ini sehingga mereka tidak gerun dengan pihak polis dan jawatankuasa lain.
“Mereka bertindak menghina serta memakai hamun agama sekiranya peminjam lambat atau gagal membuat bayaran.
“Selain itu, kebanyakan ah long ini juga tidak boleh bercakap bahasa Melayu, hanya mampu memaki hamun agama dan Melayu,” ujarnya.
Nadzim berkata, tindakan sedemikian menjadi ancaman serta mengganggu gugat keharmonian dalam masyarakat majmuk.
“Justeru, PPIM mohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), MCMC, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu lebih serius terhadap sindiket ini.
“Kita yakin sekiranya tindakan tegas diambil, segala permasalahan berkait sindiket ini dapat dibanteras sekali gus menghentikan tindakan mereka yang menabur kebencian dan memaki hamun Islam tanpa sebab,” tegasnya.
Artikel oleh: Kosmo
PPIM GESA KERAJAAN PEKA SINDIKET AH LONG 'ONLINE'
https://www.kosmo.com.my/2023/03/29/ppim-gesa-kerajaan-peka-sindiket-ah-long-online/
ALONG SEMAKIN MELAMPAU, BANTERAS SEBELUM PARAH - PPIM
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa segera menyiasat tindakan ceti haram atau along yang menghina agama Islam.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, mohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk siasat perkara itu secara serius.
"Saya tidak lihat ada keperluan untuk menghina agama Islam.
"Kata-kata yang digunakan itu sehingga saya sendiri tidak sanggup untuk membacanya. Kita tidak boleh berdiam diri apabila dimaki dan dicerca.
"Perkara ini boleh menjadi ancaman kepada keharmonian negara kerana mereka memaki orang Melayu dan juga orang Islam," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Penyelidikan Latihan PPIM, Izham Nayan dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.
Selain itu, Nadzim juga menggesa kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan ceti haram atau along yang semakin aktif beroperasi secara dalam talian.
Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu lebih peka terhadap isu ini kerana ianya membabitkan keselamatan dan juga data peribadi pengguna.
"Pengguna akan meminjam wang menggunakan aplikasi yang dimuat turun. Apabila mereka menggunakan aplikasi ini maklumat peribadi yang terkandung dalam telefon pintar mereka boleh diakses oleh along.
"Menteri yang berkenaan perlu melihat isu ini dengan lebih mendalam, kes membabitkan along ini memang biasa tetapi kegiatan atas talian ini luar biasa. Apabila data daripada telefon pintar pengguna dapat diakses, along dapat melakukan apa sahaja yang mereka mahukan," katanya.
Nadzim juga berkata, terdapat segelintir along itu tidak mempunyai perasaan takut kepada pihak polis, malah mencabar supaya laporan polis dilakukan terhadapnya.
"Perkara ini terjadi setiap hari dan juga sudah lama berlaku. Saya harapkan akan ada satu perubahan. Oleh sebab itu, saya mohon pihak polis dan MCMC tubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini.
"Takkanlah kita mahu biarkan pengguna meminjam sebanyak RM150 tetapi perlu membayar semua sebanyak RM5,000. Sesuatu tindakan dilakukan, apa lagi yang kita tunggu. Saya yakin perkara ini boleh diselesaikan," katanya.
Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menunjukkan bukti ceti haram atau along menghina agama Islam di Pejabat PPIM, Jalan Tun Ismail. -Foto HAZREEN MOHAMAD |
Masalah Ah long tidak pernah selesai malah, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpendapat ia semakin parah.
Pelbagai alasan digunakan peminjam, namun hakikatnya punca utama adalah gagal menguruskan kewangan dengan baik sehingga apabila berlaku keadaan kecemasan mereka terdesak sehingga terjebak dengan pinjaman Ah long.
Susulan itu, satu sidang media telah diadakan bagi mendedahan isu ini.
KUALA LUMPUR, 27 Mac 2023 – Syarikat pinjaman wang tanpa lesen atau along bukan sahaja rakus mengutip duit dan mengaut keuntungan, malah didakwa mula menghina agama Islam.
Menerusi sebuah video, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan membongkarkan sebuah mesej menunjukkan seorang peminjam diganggu oleh along yang turut menghina agama Islam selepas peminjam tidak mampu membayar balik pinjaman.
Ujar beliau, “Mereka ini mempunyai karakter yang cukup merisaukan. 99% tak tahu cakap Melayu, dia cakap huru-hara. 99% hina Islam, mereka ini datang daripada mana? Bahasa Melayu pun tak boleh! Hina Islam pula!”
“Mana dia jabatan-jabatan patut mengambil tindakan penghinaan Islam ini? Tak ada apapun! Mana dia KDN? Bukan setakat hina Islam, hina Melayu, hina semuanya. Selepas itu duit diambil juga, banyak pula tu!” tegas Ketua Aktivis PPIM yang juga dikenali sebagai Toqqi.
Sementara itu, Setiausaha PPIM, Muhammad Zharif Johor berkata pihaknya cuba menghubungi along berkenaan, namun individu tersebut bertindak agresif dan bergaduh dengan aktivis PPIM.
Jelas Muhammad Zharif, “Along ini berada di Johor dan kita tidak dapat mengenal pasti siapa sebenarnya mereka kerana nombor telefon tidak didaftarkan di negara ini, sekali gus menjadikan siasatan siapa dalang di sebalik penghinaan (agama Islam) itu lebih sukar.”
Pihaknya juga sedang mencari jalan penyelesaian dan berharap agar Kerajaan serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memantau pendaftaran telefon mudah alih dengan lebih ketat.
Selain itu, Kerajaan juga diseru memberi kesedaran kepada rakyat mengenai bahayanya memberikan maklumat peribadi untuk digunakan bagi mendaftar talian telefon mudah alih.
Mengulas lanjut, Toqqi menegaskan, “Saya buat aduan ini kepada pihak polis untuk kaji apa dia punya profile, apa dia punya background, tidak boleh bercakap tanpa batasan suka-suka hati saja.”
Beliau juga bimbang dengan sikap ketidakacuhan rakyat Malaysia apabila anak bangsa dan agama dihina sebegini.
Tegasnya, “Kita tidak ada keprihatinan. Ini dahsyat ni! Anak kita dihina, bangsa kita dihina, agama kita dihina pun kita ambil mudah. Jadi perkara ini dikaji sebaik mungkin. Jangan diserah kepada NGO-NGO kecil macam kami ni. Buatlah sesuatu Tuan.”
Artikel oleh: Samudera.my
BUKAN TAKAT KUTIP DUIT, ALONG MULA HINA ISLAM!
https://www.samudera.my/bukan-takat-kutip-duit-along-mula-hina-islam-ppim/
Kuala Lumpur: Syarikat pinjaman wang tanpa lesen
atau along bukan saja semakin rakus mengaut keuntungan dengan memeras ugut
mangsa, malah turut didakwa menghina agama Islam.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad
Zharif Johor berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang peminjam yang mendakwa
diugut dan diganggu along dari Johor Bahru.
"Minggu lalu, pihak kami menerima aduan daripada seorang peminjam
yang tidak mampu membayar balik pinjaman along kerana kadar bunga melampau yang
dikenakan.
"Disebabkan tidak mampu membayar balik hutang itu, peminjam
mendakwa along bertindak mengugutnya, selain membuat salinan MyKad (peminjam)
dengan menulis kata-kata yang menghina agama Islam, sebelum menyebarkannya di
kawasan kediaman peminjam," katanya kepada BH, semalam.
Muhammad Zharif berkata, susulan kejadian itu pihaknya cuba menghubungi
along berkenaan, bagaimanapun sindiket itu bertindak agresif dan bergaduh
dengan aktivis PPIM.
"Along ini berada di Johor dan kita tidak dapat mengenal pasti
siapa sebenarnya mereka kerana nombor telefon tidak didaftarkan di negara ini,
sekali gus menjadikan siasatan siapa dalang di sebalik penghinaan (agama Islam)
itu lebih sukar.
"Pihak kita masih mencari jalan penyelesaian dan berharap kerajaan
serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk memantau pendaftaran
talian telefon mudah alih dengan lebih ketat, di samping memberi kesedaran
kepada rakyat mengenai bahayanya jika mereka memberikan maklumat peribadi bagi
digunakan untuk mendaftar talian telefon mudah alih," katanya.
Katanya, persatuan itu juga bimbang kes seperti keldai akaun, di mana
pemilik tidak menyedari akaun bank milik mereka digunakan pihak tidak
bertanggungjawab untuk menipu dan kerja jenayah sehingga terpaksa meringkuk
dalam penjara.
"Jika tidak dikawal dengan ketat dan diambil perhatian oleh KKD,
kejadian seperti keldai akaun ini akan merebak kepada keldai akaun telefon
pula.
"Ia sangat membimbangkan kerana ugutan boleh dibuat oleh sesiapa di
mana-mana tanpa pendaftaran sah dan sukar untuk dikesan," katanya.
'ALONG' HINA ISLAM, UGUT PEMINJAM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/03/950167/along-hina-islam-ugut-peminjam
Keputusan kerajaan menamatkan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bermula tahun hadapan disambut baik Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu bukan sahaja dijangka akan memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai, malah akan membuka perkhidmatan kepada pihak lain yang berkelayakan yang akhirnya akan mewujudkan budaya persaingan sihat dalam kalangan penyedia perkhidmatan.
"Isu yang timbul melibatkan perkhidmatan Puspakom sebenarnya sudah lama, aduan yang diterima daripada orang ramai tidak dipandang serius memandangkan mereka merupakan penyedia perkhidmatan tunggal pemeriksaan berkala kenderaan motor.
"Jadi dengan langkah ini, syarikat baharu yang akan menyediakan perkhidmatan ini kelak dapat menangani kekurangan yang ada di Puspakom, sekali gus membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang lebih baik," kata Nadzim dipetik.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bermula 1 Sept 2024, Puspakom tidak lagi akan menjadi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Langkah itu berdasarkan keputusan mesyuarat Kabinet pada 17 Mac lepas agar perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor, dibuka kepada mana-mana pihak yang berkelayakan.
Sementara itu, Nadzim turut menyatakan harapan agar langkah membuka perkhidmatan itu kepada syarikat lain turut disusuli dengan penubuhan satu badan pemantau.
Ia bagi mengawal selia perkhidmatan selain menangani aduan membabitkan kualiti dan tahap perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat-syarikat yang bakal dilantik kelak.
"Saya mohon kerajaan tubuhkan satu badan untuk kesan semua kelemahan dalam perkhidmatan yang diberikan, termasuk sama ada dari Puspakom mahupun syarikat-syarikat baharu dan kemudiannya melakukan siasatan untuk membolehkan mereka mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Artikel oleh: Suara Keadilan
PPIM SAMBUT BAIK LANGKAH KERAJAAN TAMATKAN MONOPOLI
https://www.suarakeadilan.my/post/ppim-sambut-baik-langkah-kerajaan-tamatkan-monopoli
KUALA LUMPUR: Syarikat pinjaman wang tanpa lesen atau ahlong bukan saja semakin rakus mengaut keuntungan dengan memeras ugut mangsa, malah turut didakwa menghina agama Islam.Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Zharif Johor, berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang peminjam yang mendakwa diugut dan diganggu ahlong dari Johor Bahru.
"Minggu lalu, pihak kami menerima aduan daripada seorang peminjam yang tidak mampu membayar balik pinjaman ahlong kerana kadar bunga melampau yang dikenakan.
"Disebabkan tidak mampu membayar balik hutang itu, peminjam mendakwa ahlong bertindak mengugutnya, selain membuat salinan MyKad (peminjam) dengan menulis kata-kata yang menghina agama Islam, sebelum menyebarkannya di kawasan kediaman peminjam," katanya kepada BH, semalam.
Muhammad Zharif berkata, susulan kejadian itu pihaknya cuba menghubungi ahlong berkenaan, bagaimanapun sindiket itu bertindak agresif dan bergaduh dengan aktivis PPIM.
"Ahlong ini berada di Johor dan kita tidak dapat mengenal pasti siapa sebenarnya mereka kerana nombor telefon tidak didaftarkan di negara ini, sekali gus menjadikan siasatan siapa dalang di sebalik penghinaan (agama Islam) itu lebih sukar.
"Pihak kita masih mencari jalan penyelesaian dan berharap kerajaan serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk memantau pendaftaran talian telefon mudah alih dengan lebih ketat, di samping memberi kesedaran kepada rakyat mengenai bahayanya jika mereka memberikan maklumat peribadi bagi digunakan untuk mendaftar talian telefon mudah alih," katanya.
Katanya, persatuan itu juga bimbang kes seperti keldai akaun, di mana pemilik tidak menyedari akaun bank milik mereka digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menipu dan kerja jenayah sehingga terpaksa meringkuk dalam penjara.
"Jika tidak dikawal dengan ketat dan diambil perhatian oleh KKD, kejadian seperti keldai akaun ini akan merebak kepada keldai akaun telefon pula.
"Ia sangat membimbangkan kerana ugutan boleh dibuat oleh sesiapa di mana-mana tanpa pendaftaran sah dan sukar untuk dikesan," katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
AHLONG HINA ISLAM PEMINJAM TAK BAYAR HUTANG
Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bermula tahun hadapan, merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan selain memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, berkata langkah untuk membuka perkhidmatan yang ditawarkan Puspakom kepada pihak lain yang berkelayakan, juga mampu mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan penyedia perkhidmatan.
“Isu yang timbul melibatkan tahap perkhidmatan yang ditawarkan Puspakom sebenarnya sudah lama, sehingga aduan yang diterima daripada orang ramai tidak dipandang serius, memandangkan mereka merupakan penyedia perkhidmatan tunggal pemeriksaan berkala kenderaan motor.
“Jadi dengan langkah ini, syarikat baru yang akan menyediakan perkhidmatan ini kelak dapat menangani kekurangan yang ada di Puspakom, sekali gus membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan, Puspakom tidak akan lagi menjadi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 Sept 2024.
Loke berkata langkah itu berdasarkan keputusan mesyuarat Kabinet pada 17 Mac lepas agar perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor, dibuka kepada mana-mana pihak yang berkelayakan.
Dalam pada itu, Nadzim berkata keputusan untuk menamatkan monopoli ini harus disertakan dengan penubuhan satu badan pemantau, bagi mengawal selia perkhidmatan dan menangani sekiranya terdapat aduan membabitkan kualiti dan tahap perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat-syarikat terlibat.
“Saya mohon kerajaan tubuhkan satu badan untuk kesan semua kelemahan dalam perkhidmatan yang diberikan, termasuk sama ada dari Puspakom mahupun syarikat-syarikat baru dan kemudiannya melakukan siasatan untuk membolehkan mereka mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Sementara itu, runner Puspakom Ahmad Fuad, 35, berkata keputusan yang dibuat kerajaan ini dilihat dapat membuka lebih banyak peluang untuknya menerima ‘kerja’ daripada pelanggan dan tidak lagi hanya terhad dengan Puspakom.
“Biasanya kalau saya bawa masuk kenderaan berat untuk pemeriksaan di Puspakom akan ambil masa seharian lebih kurang dari 9 pagi hingga 6 petang, tetapi bila ada syarikat lain yang tawarkan perkhidmatan sama, sudah tentu dari segi masa juga dapat dijimatkan dan saya mungkin boleh ambil dua atau tiga ‘kerja’ dalam sehari,” katanya.
Ahmad yang telah menawarkan perkhidmatannya sejak 2014 berharap, syarikat baru yang akan menawarkan pemeriksaan berkala kenderaan motor ini kelak, menggunakan peralatan yang canggih setara dengan apa yang terdapat di Puspakom atau lebih berteknologi tinggi.
“Sebab kita tidak mahu adanya syarikat baru wujud, tetapi perkhidmatan yang diberikan lebih teruk atau tidak ada perubahan, kerana apa yang kita harapkan adalah penambahbaikan dalam perkhidmatan,” katanya. - Bernama
Artikel oleh: Bernama
HAPUS MONOPOLI PUSPAKOM TAMBAH BAIK PERKHIDMATAN - NGO
KUALA LUMPUR: The
government's decision to end Puspakom's (Computerised Vehicle Inspection
Centre) monopoly next year will improve services and give the public more
options.
Malaysian Muslim Consumers
Association chief activist Datuk Nadzim Johan said the move would create
healthy competition among service providers.
"The Puspakom
services issue is an old one. Complaints from the public are not taken
seriously as it is the sole service provider for motor vehicle inspection.
"With this move, new
companies that offer the same services will force Puspakom to address its
shortcomings and provide better services," he said today.
Yesterday, Transport Minister Anthony
Loke announced that Puspakom will no longer be the
sole provider of scheduled motor vehicle inspections for the
Road Transport Department from Sept 1, 2024.
Loke said the cabinet decided on March 17
that the periodic inspection of motor vehicles, which is required under the
Road Transport Act 1987, will be opened to qualified service providers that
meet the conditions set.
Nadzim said the decision to end
Puspakom's monopoly must be accompanied by the setting up of a monitoring body
to regulate services and offer solutions to complaints on the quality of
service.
"I hope the government sets up a
body to identify weaknesses in services provided, including from Puspakom and
the new companies, and conduct an investigation so that action can be
taken."
Puspakom runner Ahmad Fuad, 35, said the
government's decision would help him get more jobs and rely less on Puspakom.
"If I take a heavy vehicle to
Puspakom for inspection, it will take a day, from 9am to 6pm.
"If other companies offer similar
services, time can be saved and I can take two or three jobs a day."
Ahmad, who has been a runner since 2014,
said he hoped new companies offering periodic vehicle inspections would use
good equipment.
"We don't want new companies that offer worse or no change in service quality. We are hoping for improvements."
Article by: New Straits
Times
'ENDING PUSPAKOM MONOPOLY WILL ENSURE BETTER SERVICES'
“Isu yang timbul melibatkan tahap perkhidmatan yang ditawarkan Puspakom sebenarnya sudah lama, sehingga aduan yang diterima daripada orang ramai tidak dipandang serius, memandangkan mereka merupakan penyedia perkhidmatan tunggal pemeriksaan berkala kenderaan motor.
“Jadi dengan langkah ini, syarikat baharu yang akan menyediakan perkhidmatan ini kelak dapat menangani kekurangan yang ada di Puspakom, sekali gus membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan, Puspakom tidak akan lagi menjadi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 Sept 2024.
Loke berkata langkah itu berdasarkan keputusan mesyuarat Kabinet pada 17 Mac lepas agar perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor, dibuka kepada mana-mana pihak yang berkelayakan.
Dalam pada itu, Nadzim berkata keputusan untuk menamatkan monopoli ini harus disertakan dengan penubuhan satu badan pemantau bagi mengawal selia perkhidmatan dan menangani sekiranya terdapat aduan membabitkan kualiti dan tahap perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat-syarikat terlibat.
“Saya mohon kerajaan tubuhkan satu badan untuk kesan semua kelemahan dalam perkhidmatan yang diberikan, termasuk sama ada dari Puspakom mahupun syarikat-syarikat baharu dan kemudiannya melakukan siasatan untuk membolehkan mereka mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.-BERNAMA
Artikel oleh: Berita RTM
HAPUS MONOPOLI PUSPAKOM, BUKA RUANG TAMBAH BAIK PERKHIDMATAN