Thursday, February 13, 2014

1154) RAKYAT NEWS 13/2/2014 PPIM NAFI TAWAR GANJARAN TAMPAR TERESA KOK


KUALA LUMPUR 12 Feb - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyangkal ada sebarang kaitan dengan tawaran kepada orang ramai untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pada perhimpunan di hadapan bangunan Maybank minggu lalu.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Ma'maor Osman berkata, penglibatan aktivis PPIM, Mustaffa Hamzah pada perhimpunan tersebut tidak sama sekali mewakili badan tersebut.

"Saya menafikan sepenuhnya penglibatan PPIM untuk tawarkan sesiapa yang berjaya menampar Teresa Kok, kerana PPIM bukan persatuan yang berpendirian demikian," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Beliau turut mempertikaikan tindakan kumpulan NGO tersebut apabila menyifatkan perbuatan menyembelih dua ekor ayam dan tawaran menampar Kok tidak selari dengan dasar undang-undang.

"Benda ini tidak ada legal standing, kenapa nak bagi hadiah kepada orang yang buat kesalahan dari segi undang-undang.

"Bila-bila masa pun kita tak setuju sesiapa yang melanggar undang-undang diberi anugerah," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, PPIM tetap berpendirian membantah tindakan Teresa Kok Biarpun yang menghina negara dengan menerbitkan klip video bertajuk, "Onederful Malaysia CNY 2014".

Katanya, Teresa Kok sewajarnya memikirkan kesan yang bakal berlaku terhadap dirinya sebelum bertindak mengeluarkan klip video yang sama sekalui tidak menguntungkan rakyat.

Minggu lalu sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam mengadakan protes di hadapan Menara Maybank di Kuala Lumpur sebagai bantahan ke atas video Kok.


Perhimpunan yang disertai beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu itu dianjurkan sebarang amaran keras kepada pemimpin-pemimpin politik kaum cina agar berhenti daripada mempersendakan bangsa Melayu dan agama Islam.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...