Thursday, February 13, 2014

1153) RAKYAT NEWS 13/2/2014 PPIM SYOR KERAJAAN TUBUH SEKOLAH VERNAKULAR MELAYU


KUALA LUMPUR 12 Feb - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan pihak kerajaan menubuhkan sekolah vernakular Melayu sebagai salah satu langkah memperluaskan lagi sistem persekolahan ini kepada semua kaum di negara ini.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, ianya amat penting dalam membangunkan semula adat dan adab budaya Melayu untuk generasi akan datang.

"Pada masa ini, orang Melayu hilang budaya Melayu jadi dalam (sekolah) ini juga mesti terasnya mesti diajar mengenai budaya Melayu seperti contoh mengajar untuk bercakap dengan orang ternamaan, Raja dan sebagainya.

"Wajib diwujudkan satu sekolah Melayu untuk diajar tulisan dan budaya Melayu," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini hari ini.

Turut hadir termasuk Ketua Aktivis Datuk Nadzim Johan dan beberapa pimpinan lain.

Beliau turut melahirkan rasa kekesalan apabila tulisan jawi dan arab yang digunakan pada masa dahulu hilang ditelan zaman.

Katanya, Malaysia seharusnya menjadi semua negara contoh dalam membuka ruang kepada masyarakat majmuk untuk memperjuangkan bangsa masing-masing.

"Saya percaya bahawa Malaysia adalah satu negara yang sangat unik apabila semua orang memperjuangkan kaum dia sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian merujuk gesaan PPIM kepada pihak Kerajaan agar memperluaskan kewujudan sekolah vernakular kepada kaum-kaum lain bagi menambahbaik sistem pembelajaran dan perpaduan untuk generasi akan datang.


Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 memutuskan untuk mengekalkan sistem sekolah vernakular iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sebagai salah satu langkah memartabatkan pendidikan negara

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...