Thursday, February 13, 2014

1152) RAKYAT NEWS 13/2/2014 PPIM : PERLUAS SISTEM SEKOLAH VERNAKULAR KEPADA SEMUA KAUM


KUALA LUMPUR 12 Feb - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kerajaan memperluaskan kewujudan sekolah vernakular kepada kaum-kaum lain bagi menambahbaik sistem pembelajaran dan perpaduan untuk generasi akan datang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sistem sedia ada yang hanya membangunkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) semata-mata dilihat tidak memenuhi hasrat bagi mencapat matlamat dan skop yang lebih luas dalam konteks perpaduan nasional.

"Hari ini kita tidak cukup baik dan jika kita ada sekolah yang berbeza-beza mungkin kita boleh dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai sekolah yang pelbagai bahasa.

"Sekolah yang mempunyai 3 hingga 4 bahasa gagal menyatupadukan rakyat Malaysia jadi kita perlu mewujudkan perspektif baru," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir termasuk Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma'amor Osman dan pimpinan yang lain
Beliau merujuk kepada pendirian kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mengekalkan sistem sekolah vernakular seiring Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi memartabatkan pendidikan negara.


Pihak kerajaan juga menyalurkan peruntukan tahunan berjumlah RM100 juta  bagi penyelenggaraan dan penambahbaikkan SJKC RM150 juta lagi diluluskan bagi tahun  2013/2014 untuk meningkatkan taraf pendidikan di lebih 300 SJKT seluruh negara

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...