Tuesday, February 4, 2014

1131) RAKYAT NEWS 24/1/2014 TAHANAN SWEDEN : UMPAMA TINDAS UMMAT ISLAM




KUALA LUMPUR 24 Jan - Tindakan pihak berkuasa Sweden menahan tanpa bicara ibu bapa kepada empat beradik kerana memukul tangan anak yang tidak solat disifatkan sebagai agenda menindas umat Islam di negara itu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perkara tersebut perlu disedari oleh umat-umat Islam di seluruh dunia kerana agenda seperti telah berlarutan sejak dari dahulu lagi.

"Agenda menindaskan umat Islam tersebut sentiasa ada tetapi malangnya orang-orang kita (Umat Islam) dilihat lemah untuk menangani perkara ini.


"Bagi kita yang sedar, ianya sememangnya menimbulkan kemarahan dan kerajaan sepatutnya mengambil tindakan yang tegas dan jika kerajaan tidak mampu melaksanakannya, pengguna Islam perlu bersama bersatu untuk sekurang-kurangnya 'memboikot' barangan mereka," katanya kepada pemberita semasa demonstrasi aman penyerahan memorandum kepada Kedutaan Sweden di sini hari ini

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...