Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mustaffa Hamzah (kiri sekali), Nadzim dan Samsudin pada sidang media, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI |
KUALA LUMPUR -
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Keselamatan Pengguna
Kuala Lumpur (PKP) akan menjalinkan kerjasama bagi membanteras kegiatan 'Ah
Long'.
Menurut Presiden
PPIM, Datuk Nadzim Johan, kegiatan ini semakin menjadi-jadi menyebabkan
kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) itu terpanggil untuk mengambil tindakan
segera bagi mengatasi perkara ini.
"Menjelang
Adiliftitri yang akan menjelang tidak lama lagi, saya lihat kegiatan 'Ah Long'
semakin berleluasa dan mereka bijak memerangkap pengguna.
"Perkara ini
perlu tindakan serius. Kami tidak mahu pengguna ditipu ataupun tertipu,"
katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.
Sementara itu,
menurut Yang Dipertua (YDP) PKP, Samsudin Mohamad Fauzi, kegiatan ini sudah
berlanjutan sejak sekian lama, namun kegiatan ini sukar dibendung.
"Kegiatan ini
sudah berlanjutan dari masa ke masa.
"Oleh sebab itu
saya rasa perlunya satu penguatkuasaan yang mantap," katanya.
Dalam pada itu,
ketika mengulas mengenai pemberi pinjaman berlesen pula, Samsudin berkata,
kebanyakan pemberi pinjaman berlesen tidak mengikut undang-undang yang telah
ditetapkan yang akhirnya menyebabkan pengguna terpedaya.
"Mereka hanya
memanipulasi lesen tersebut.
"Sepanjang
tinjuan yang dilakukan, sukar untuk kami menemui pemberi lesen yang mematuhi
undang-undang," katanya.
Tambahnya lagi,
kebanyakan pemberi pinjaman wang berlesen menipu pengguna dengan pelbagai cara
termasuk pemberian baucer dan dokumen kosong kepada peminjam.
"Kebanyakan
pengguna tidak tahu, mereka hanya menandatangani dokumen kosong yang akhirnya
memerangkap mereka sendiri.
"Pengguna perlu
mengetahui undang-undang dan hak mereka, supaya mereka tidak ditipu,"
katanya.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ppim-pkp-kerjasama-banteras-ah-long-1.176164
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ppim-pkp-kerjasama-banteras-ah-long-1.176164
No comments:
Post a Comment