Wednesday, June 12, 2013

769) BERITA MYNEWSHUB 12 JUN 2013-GNI KESAL CEO PUJI AZRAN OSMAN

Azran Osman-Rani

GNI Kesal CEO Bank Puji Azran Osman-


KUALA LUMPUR – Gabungan NGO Islam (GNI) melahirkan rasa kesal terhadap seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah bank kerana memuji Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang pernah membuat kenyataan biadab melabelkan Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.
GNI melalui satu kenyataan mendakwa CEO bank berketurunan Melayu terbabit tidak sepatutnya mengambarkan Azran sebagai seorang yang mempunyai sifat kepemimpinan hanya kerana beliau berani melabelkan akhbar berkenaan sebagai perkauman.
“Jangan terperangkap dalam kerangka pemikiran dan minda yang membelakangkan sentimen dan sensitiviti bangsa sendiri,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Azran sebenarnya adalah seorang individu Melayu yang seumpama `kacang lupakan kulit’ kerana sanggup mengecewakan bangsa Melayu yang sememangnya sentiasa mengharapkan pembelaan daripada anak Melayu yang sudah berjaya seperti beliau.
Justeru GNI meminta Azran supaya menyedari asal usul dan jangan sesekali berlagak sombong dan bersikap angkuh kerana wang, darjat, kekayaan, pangkat dan harta yang beliau miliki.
“Apa yang anda miliki adalah hasil perit jerih nenek moyang bangsa Melayu yang menyabung nyawa, jiwa dan raga mempertahankan tanah tumpah darah yang berkat dan bertuah ini,” dakwanya kenyataan itu.
Sebelum ini, pelbagai pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mendesak Azran untuk memohon maaf berhubung kenyataannya melabelkan akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis. – mynewshub.my

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...