Friday, June 21, 2013

784) BERITA HARIAN METRO 21/6/13-`Pekerja landskap' tipu pesara RM2,000




Kuala Lumpur: Waspada dengan kehadiran lelaki yang menyamar sebagai pekerja landskap dan pemotong rumput di sekitar Subang Jaya yang dikesan mencari mereka yang sedang mengubah suai rumah untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan.

Terbaru, seorang pesara kerajaan kerugian RM2,000 selepas menyerahkan wang kepada lelaki terbabit untuk mendapatkan perkhidmatan itu sebelum memperdaya mangsa yang percaya dengan janjinya untuk memotong rumput serta melakukan kerja pembersihan di rumahnya di USJ 8.

Mangsa berusia 60-an itu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari baru-baru ini ketika dia sedang sibuk mengemas barang di rumahnya yang sedang dalam proses pengubahsuaian.

Katanya, kali pertama dia didatangi lelaki itu yang menawarkan khidmat memotong rumput dan hiasan lain bulan lalu, namun tidak menerima tawaran berkenaan kerana rumah belum siap sepenuhnya.

Namun dia datang semula minggu lalu dan memujuk saya menerima tawaran itu. Saya bersetuju, namun tidak mempunyai tunai ketika itu.

Disebabkan dia mendesak kononnya ingin menggunakan wang modal, saya kemudian bersama lelaki itu ke stesen minyak berhampiran untuk mengeluarkan wang sebelum menyerahkan kepadanya, katanya kepada Harian Metro semalam.

Sebaik wang diserahkan, katanya, dia meminta resit sebagai bukti bayaran namun gagal disediakan lelaki itu menyebabkan saya meminta dia menurunkan tandatangan di atas sekeping kertas selain memberi nombor telefon dan nombor kad pengenalan.

Berselang seminggu, dia beberapa kali menghubungi lelaki berkenaan namun tidak berjawab menyebabkan dia mula mengesyaki berlaku penipuan sebelum membuat laporan di Balai polis Subang Jaya berhubung kejadian itu.

Saya juga membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan kerana tidak mahu perkara sama berulang kepada orang lain, katanya.


Sementara itu Nadzim menerima aduan berkenaan dan menasihatkan orang ramai berhati-hati apabila dikunjungi orang tidak dikenali yang menawarkan apa juga bentuk perkhidmatan.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL