Cegah sebelum parah, demikian gesaan Jaringan NGO Islam/Melayu Malaysia terhadap tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menghina Nabi Muhammad SAW di laman media sosial Facebook, baru-baru ini.
Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan,
pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) perlu bertindak segera sebelum wabak ini menular yang akhirnya akan mencetuskan kemarahan umat Islam jika tidak dibendung.
Katanya, mana-mana penyangak yang sudah dikenalpasti itu perlu ditahan dan diheret ke muka pengadilan dengan segera.
“Kita berharap pihak berkuasa ambil bertindak segera kerana perbuatan individu-individu yang menghina Rasullullah di laman media sosial cukup melampau….apa yang lagi mereka mahu dan perkara seumpama ini seharusnya dielakkan jika mahu semua rakyat terus hidup dalam suasana aman dan damai.
“Insiden terbaru ini cukup menyedihkan dan sudah pastinya menimbulkan rasa tidak senang di kalangan umat Islam dan saya percaya orang yang suka keamanan tidak akan buat perkara terkutuk seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, di Kuala Lumpur, hari ini.
Nadzim juga mewakili Jaringan NGO Islam/Melayu Malaysia yang mempunyai jaringan lebih 100 buah persatuan membuat laporan polis kerana bimbang sudah ada tanda-tanda kemarahan ahli yang dikhuatiri aka mengambil tindakan di luar dugaan.
Laporan polis itu antara lain meminta Majlis Raja-Raja meneliti trend negatif itu dan membuat tegas terhadap tindakan sedemikian rupa manakala Majlis Fatwa Kebangsaan pula digesa supaya mengeluarkan fatwa berkaitan perkara terbabit untuk penjelasan umat Islam.
Antara NGO yang hadir ialah Persatuan Seni Silat Kalam Malaysia, Kelab Wartawan Muda Malaysia, Ziarah For Peace, Sahabat Ulul Amri dan CHAI Malaysia.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi negara hari ini.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri dengan perkara seumpama itu dan sedang merancang untuk mengambil tindakan mengikut keperluan yang bersesuaian.
No comments:
Post a Comment