Wednesday, February 8, 2017

TUBUH SURAHANJAYA KHAS PANTAU JUDI HARAM – PPIM – UTUSAN MALAYSIA – 8/2/2017

utusan malaysia 8.2.2017

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Suruhanjaya khas yang melibatkan keanggotaan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), orang awam dan pengamal media perlu ditubuhkan se­gera bagi memantau kegiatan mesin judi haram yang semakin berleluasa.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, suruhanjaya khas itu akan bertindak dengan lebih telus dan bertanggungjawab memandangkan kaedah penguatkuasaan sedia ada kurang berkesan.

Katanya, kaedah itu secara tidak langsung dapat mewujudkan rasa takut dalam kalangan pihak yang cuba melindungi pusat-pusat judi haram.

“Suruhanjaya khas dan undang-undang baharu adalah satu keperluan bagi mena­ngani aktiviti mesin judi haram, tetapi kita sedia maklum penggubalan undang-undang bukan suatu perkara yang mu­dah malah ia turut mengambil tempoh yang panjang.

“Sudah tentu dalam tempoh tersebut, akti­viti mesin judi haram semakin teruk dengan kebanjiran lebih banyak premis yang menggunakan lesen hiburan keluarga,” katanya ketika dihu­bungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Presiden Jaringan Me­layu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berkata, isu premis judi haram di Selangor semakin membimbangkan apabila kajian pihaknya mendapati terdapat peningkatan jumlah sebanyak 60 peratus dalam tempoh dua tahun di kawasan perumahan Me­layu.

Menyokong kenyataan Az­wand­din itu, Nadzim membe­ritahu, operasi yang dijalankan oleh Pasukan Unit Tindakan Khas PPIM baru-baru ini mendapati terdapat lebih 130 buah premis yang menjalankan aktiviti mesin judi haram di Sepang.

Katanya, beberapa premis tersebut berselindung menggunakan nama pusat hiburan keluarga, malah terdapat juga yang secara terang-terangan menjadikan pusat siber untuk aktiviti judi haram.




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...