Tuesday, February 28, 2017

3519) TIADA HAK MINTA TEMPAT KHAS MEROKOK: PPIM - BERITA HARIAN - 28/2/2017

                 berita harian 28.2.2017
Kuala Lumpur: Perokok tidak boleh membangkitkan isu hak merokok di tempat awam kerana hak itu terlucut selepas pewartaan larangan merokok. Penguatkuasaan peraturan berkenaan dilaksanakan mengikut Peraturan 11(w) Peraturan - Peraturan Kawalan Hasil Tembakau  (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata perokok juga tiada hak meminta disediakan tempat khas untuk merokok kerana asap rokok akan merosakkan kesihatan orang ramai dan alam sekitar. Katanya, larangan dikuatkuasakan di taman awam itu adalah usaha kerajaan mengurangkan jumlah mereka yang merokok, tabiat yang bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tetapi juga menjejaskan orang lain dan alam sekitar. " Apabila peraturan dan larangan diperkenalkan, perokok tiada lagi hak. Dalam isu ini, kerajaan atau pihak berkuasa tidak perlu sediakan kawasan khas merokok kerana jelas dalam peraturan, taman awam kawasan larangan merokok," katanya. Beliau meminta menteri, pegawai tinggi kerajaan, pemimpin masyarakat dan politik serta mereka yang dihormati masyarakat seperti guru, ustaz dan doktor yang merokok, menghentikan tabiat berkenaan. Mengenai denda dikenakan kepada perokok, beliau berkata, kadar yang ditetapkan memadai, malah Kementerian Kesihatan juga memberi tempoh empat bulan untuk mendidik masyarakat mengenai peraturan baharu itu sebelum penguatkuasaanya.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...