Friday, February 17, 2017

3481) KERJASAMA BANTERAS PUSAT JUDI - HARIAN METRO - 17/2/2017

               harian metro 17.2.2017
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa serius bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membanteras penularan pusat judi siber di negara ini.
Ketua Biro Latihan dan Pembangunan Sosial PPIM Dr Izham Nayan berkata, gejala perjudian siber kini boleh dikategorikan sebagai teruk dan sedang membarah dalam kalangan masyarakat.
Menurutnya, NGO wajar dianggap sebagai rakan kepada agensi kerajaan berkaitan untuk memerangi perjudian siber.
“Agensi kerajaan itu termasuk polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan agama serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
“Kita kena serius bekerjasama melumpuhkan sindiket perjudian siber ini supaya masyarakat tidak menganggap sindiket itu seolah-olah kebal.
“Sebagai contoh, kami mempunyai senarai 138 premis judi hanya di Sepang saja... itu tidak termasuk tempat lain seperti di Nilai, Kajang atau ibu negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai kemelut isu premis perjudian di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Unit Khas PPIM Muhammad Yusuf Azmi, Pegawai Perhubungan Luar Gayung Makrifat Mohd Khairul Sabli, Presiden Muafakat Ismail Mina Ahmad dan Presiden Gabungan Persatuan Peniaga 1Mal

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...