Thursday, February 16, 2017

3460) Selesai Isu Azan Cara Baik - Harian Metro - 14-2-2017

                               metro1
Kota Bharu: Isu memperlahankan azan di Masjid Aman, Taman Kenangan di sini diselesaikan dengan baik apabila pihak terbabit tampil bersemuka secara sukarela untuk menyelesaikannya secara harmoni, kelmarin. Pertemuan diadakan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani, ahli perniagaan Datuk Seri Sunny Ung dan ahli jawatankuasa Masjid Aman itu berjaya menyelesaikan masalah itu daripada terus berlarutan. Sunny ketika ditemui berkata, dia berterima kasih kepada PPIM kerana mengambil inisiatif untuk datang berjumpa dengannya dan berbincang bagi menyelesaikan perkara itu. “Kehadiran semua pihak dalam menyelesaikan perkara ini secara bersemuka dapat mengelakkan isu yang sama berulang. “Sebagai rakyat Malaysia, saya mengetahui Islam agama rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan menghormatinya. “Hal ini bagaimanapun tidak mematahkan semangat untuk saya terus membantu masyarakat yang memerlukan tanpa mengira keturunan dan agama,” katanya dalam sidang media di pekarangan Masjid Aman,Taman Kenangan, di sini, kelmarin. Harian Metro sebelum ini melaporkan, pihak pengurusan Masjid Aman terkejut selepas menerima surat layang yang yang meminta supaya azan diperlahankan kerana dikatakan mengganggu ketenteraman penduduk bukan Islam. Sementara itu, Fared berkata, pihaknya berusaha untuk mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu itu secara harmoni.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2017 @ 11:44 AM

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...