Thursday, February 9, 2017

3423) CAGAR BANGUNAN TAHFIZ PINJAM CETI – HARIAN METRO – 9/2/2017


Kuala Lumpur: sanggup cagar dua bangunan pusat tahfiz siwakafkan orang ramai bagi membuat pinjaman ceti haram
Itu tindakan pengetua tahfiz di ipoh perak yang akhirnya menanggung hutang RM 600,00 hanya kerana mahu menyertai pelaburan matawang asing (forex).
Difahamkan, pengetua tahfiz berusia 40-an itu pada awalnya meminjam RM200,000 daripada along sebelum kadar pinjaman meningkat berikutan kegagalan melunaskan beberapa caj lain termasuk faedah dan penalti.
Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, mangsa terserat membuat pinjaman menyertai pelaburan forex selepas terpedaya rakanya tahun lalu.
'pihak kami dimaklumkan, mangsa berani membuat pinjaman dengan juml;ah yang besar itu kerana yakin pelaburan forex itu mampu memberi pulangan lumayan.
"Mangsa sanggup gadai dua bangunan yang dijadikan asrama kepada 80 pelajar tahfiz yang beroperasi sejak empat tahun lalu sebagai cagaran ke atas pinjamannya" katanya
"Buntu mencari jalan keluar terhadap masalah itu, dia memohon bantuan PPIM," katanya.
menurutnya, selepas perbincangan dan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) along terbabit ditahan untuk tindakan lanjut.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...