Wednesday, February 15, 2017

3453) SIDANG MEDIA 15 FEBRUARI 2017 : KEMELUT ISU BERUS BABI








Kemelut isu penjualan dan label bulu babi telah berlanjutan lebih dua minggu dan terkini masih berlarutan sehingga menjadi isu politik dan menghampiri perkauman. Ini merupakan perkembangan tidak sihat dan amat tidak diperlukan di negara kita yang berbilang kaum kerana boleh menjejas persefahaman keharmonian.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin telah mengatakan bahawa tiada lagi rampasan terhadap berus yang diperbuat dari bulu binatang. 
“Macam-macam suara-suara dibelakang sana yang mengaitkan politik agama dan perkauman” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dato’ Nadzim Johan. 
Ini berikutan dari sesetengah pihak media yang menulis tidak mengikut fakta dan mengaitkan isu agama. Ini adalah satu tindakan yang boleh memberi impak yang negatif kepada masyarakat.
“Bagaimana beberapa media memainkan isu ini dari perspektif agama dan mengakibatkan sentimen-sentimen yang tidak sihat” kata Aktivis PPIM Sheikh Abdul Kareem B. Said Khadaied.
PPIM juga berharap agar sebelum membuat kenyataan pihak tersebut perlu bertanggungjawab.
Dalam masa yang sama, PPIM meminta agar semua pihak mengambil langkah kearah kebaikan dengan melabelkan setiap produk yang diperbuat dari unsur binatang terutamanya dari babi atau anjing

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...