Friday, February 3, 2017

3404) SEGERA BAWA KE MUKA PENGADILAN - METRO ONLINE - 3/2/2017

                             Untitled SEGERA BAWA KE MUKA PENGADILAN
Kuala Lumpur: Ambil tindakan tegas dan segera bawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Demikian gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung kejadian seorang penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dimalukan di laman sosial semata-mata enggan menerima 'wang kopi’ dan mengeluarkan saman kepada seorang pemandu kerana menggunakan laluan kecemasan pada 27 Januari lalu. Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pegawai terbabit dari JPJ Perak sedang melakukan rondaan sempena Operasi Tahun Baru Cina. Katanya, pemandu terbabit diberikan saman atas kesalahan memandu di lorong kecemasan dan merayu supaya dilepaskan dengan cubaan memberi wang kepada penguat kuasa berkenaan. Namun katanya, tidak lama kemudian, seorang pemilik akaun WeChat memuat naik gambar pegawai terbabit ketika menahan pemandu berkenaan dengan komen berbaur penghinaan. "Kenyataan secara terbuka dan mengaibkan itu sememangnya tidak boleh diterima kerana ia jelas melangkaui batas kemanusiaan serta undang-undang. “PPIM mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Hadir sama, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) Hamzah Masri.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...