Thursday, February 9, 2017

3424) SYOR CETAK LOGO BABI – HARIAN METRO – 9/2/2017



Kuala Lumpur: Ketiadaan label memaklumkan sesuatu produk bukan makanan menggunakan bahan berunsurkan babi menyukarkan orang ramai terutama pengguna Muslim.
Tinjauan Harian Metro mendapati rata-rata pengguna menyuarakan kebimbangan kerana sukar mengesan isi kandungan barangan keperluan yang biasa digunakan seharian seperti kasut, tali pinggang, berus cat dan makanan, berus alat solek dan sebagainya berikutan tiada tanda label dan maklumat lengkap berkaitan.
Pekerja swasta dari Shah Alam, Selangor, Nur Izzati Atiqi Mohd Salleh, 26, berkata, pengguna berhak mendapat maklumat sumber barangan dibeli.
“Sudah tentu saya risau kerana kita tak tahu barangan keperluan seharian yang kita sentuh ini diperbuat daripada apa.
“Pengguna tak tahu bagaimana nak bezakan ia mengandungi bahan apa kerana semua itu hanya boleh diketahui selepas diuji secara klinikal,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, sepanjang 2016 pihaknya menerima lebih 50 aduan membabitkan penggunaan unsur babi dalam produk di pasaran.
Justeru menurut beliau, selain tindakan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat, kerajaan perlu juga mewajibkan pengeluar mahupun pengimport mematuhi peraturan meletakkan label bagi menjelaskan kandungan sebenar dalam pembuatan produk masing-masing serta mencetak imej haiwan digunakan pada pembungkusan untuk mengelak kekeliruan.
“Jadi saya mencadangkan label atau cetakan logo haiwan seperti babi diselaraskan kepada semua produk bukan kepada makanan saja perlu ada logo halal atau tidak halal.
“Apabila ada label maka adil kepada pengguna dan mudah tindakan diambil kepada peniaga atau pengedar yang ingkar kerana mengeliru dan menipu pengguna,” katanya dalam sidang media mengenai isu penggunaan sumber babi dalam barangan keperluan harian pada masa ini.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...