Monday, February 6, 2017

3412) PPIM SYOR PERKETAT SYARAT KEMASUKAN PRODUK UNSUR BABI - BERITA HARIAN - 6/2/2017

                   BERITA HARIAN 6.2.2017BERITA HARIAN 6.2.2017 2

“Jika barangan lain memerlukan AP untuk dibawa ke Malaysia, saya meminta supaya berus cat ini juga melalui proses sama. Kerajaan perlu mensyaratkan pengimport di Malaysia meminta pengilang di china mencetak imej babi pada produk mereka, bagi mengelakkan kekeliruan” kata Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia.
Kerajaan didesak mewujudkan permit import (AP) khas untuk semua produk ada unsur babi yang ingin dibawa masuk ke negara ini.
Pengimport juga perlu diwajibkan meletakkan lebel jelas kandungan barangan, termasuk mencetak imej haiwan berkenaan pada pembungkusan atau pemegang berus cat bagi mengelakkan umat islam menggunakannya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata AP khas itu diperlukan bagi membolehkan pihak bertanggungjawab mengawal kemasukan, berikutan berangan ada unsur babi kini terlalu mudah dibawa masuk ke Malaysia.
“Jika barangan lain memerlukan AP untuk dibawa ke Malaysia, saya minta produk ada unsur babi juga memalui proses yang sama. Kerajaan juga mungkin perlu mensyaratkan pengimport di Malaysia meminta pengilang di China mencetak imej babi pada produk mereka, bagi mengelakkan kekeliruan,” katanya kepada  BH, semalam.
Semalam, BH mendedahkan lambakan berus cat bulu babi dijual di permis pekakasan binaan yang bukan saja digunakan untuk kerja-kerja mengecat, malah dalam penyediaan makanan.
Pendedahan itu dikuatkan dengan keputusan ujian makmal Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) keatas berus cat yang mempunyai kod A913 dan A680 yang disahkan diperbuat daripada bulu babi.
Malah, Majhlis Fatwa Kebangsaan turut memaklumkan pembuatan makanan seperti kek dan kuih dengan menggunakan berus yang diperbuat daripada bulu babi akan menjadikan juadah itu menjadi najis dan haram dimakan umat islam.
Nadzim berkata, permeriksaan PPIM juga mendapati berus chat yang dijual tiada maklumat lengkap, hanya nama negara pengeluar dan kod nombor tertentu pada pemegang berus.
“Pengguna tidak dibekalkan maklumat secukupnya mengenali produk berkenaan sam ada halal atau tidak halal. Pada masa yang sama, saya minta pekedai kalau boleh mengasingkan barangan berkenaan apabila dipamirkan untuk jualan” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusuf Abd Rahman, bersetuju supaya pengimport berus cat dikenakan AP, bagi memudahkan kerajaan mengenal pasti pembekalnya.
“buat masa ini, sesiapa sahaja boleh membawa masuk berus cat yang kebanyakan dari china, yang mana kita semua tahu diperbuat daripada bulu babi .
“jika dengan AP, semua maklumat pembekal dan dukumentasi barang akan dicatat. Ini memudahkan kita untuk merujuk apabila berlaku sesuatu isu berkaitan” katanya.
Mohd Yusuf berkata, beliau difahamkan buat masa ini tiada sebarang AP dikenakan kepada mereka yang membawa masuk berus cat dari China.
“Mereka (mengimport) sekadar pegi ke China mencari produk dan membawanya ke Malaysia. Pada masa yang sama produk berkenaan tidak perlu pengisytiharan Kastam,” katanya.
Malah, katanya, ketika itu berus yang diimport tidak dilabel dengan sempurna termasuk jenama atau maklumat bahan asas pembuatannya
“Ini pasti mengelirukan pengguna yang mahukan barangan murah tampa mengetahui bahan asas untuk membuatnya daripada haiwan yang diharamkan,” katanya.
Menurutnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) boleh mendakwa peniaga mengikut Syeksyen 28 Akta Prihal Dagangan jika melakukan kesalahan tidak mempamerkan label dengan jelas.
Mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...