Tuesday, February 28, 2017

3522) MULTAQA PENDIDIKAN DAN SOSIAL – PPIM – 28/2/2017




MULTAQA PENDIDIKAN DAN SOSIAL
MAJLIS PERUNDINGAN ISLAM (MPI) mengadakan satu majlis ilmu bertemakan Transformasi Pendidikan dan Sosial di Malaysia bertempat Auditorium Cempaka Sari Kompleks Perbadanan Putrajaya semalam.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai memberi sokongan terhadap majlis ini.
Majlis dimulakan dengan sidang pleno dan panel pertama adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan bertajuk Pemerkasaan Dan Peningkatan Pendidikan Kerohanian Dan Akhlak Untuk Melahirkan Pemimpin Bertaqwa.
Didalam sidang pleno 2 iaitu panel sosial. Panel kedua adalah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), YBhg. Datuk Nadzim bin Johan dengan tajuk Perkongsian Pengalaman Dalam Menangani Isu Sosial.



No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...