Thursday, February 2, 2017

3399) TEMBERANG DATUK PADUKA - SINAR HARIAN - 31/1/2017

                sinar harian 31.1.2017 3 sinar harian 31.1-vert

PERIKSA TERLEBIH DAHULU SEBELUM TERIMA SEBARANG TAWARAN PAKEJ UMRAH, SKIM PELABURAN EXCO pemuda umno, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya menasihatkan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang tawaran pelaburan pakej haji dan umrah, skim pelaburan serta sijil tawaran pengajian. Menurut Fathul Bari, kes penipuan melibatkan perkara berkenaan semakin berleluasa dan sukar dibendung sejak akhir-akhir ini. "Sebelum menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam mana-mana bidang pengajian, semak, siasat dan rujuk terlebih dahulu dengan pihak kementerian dan Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) yang mengeluarkan sijil akreditasi dalam bidang pendidikan tinggi. "Kita tidak mahu nasi sudah menjadi bubur, selepas wang banyak dikeluarkan untuk melanjutkan pengajian, namun sijil diterima tidak diiktiraf" katanya yang ditemui di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Selain itu, Fathul Bari berkata, makal jemaah juga boleh membuat semakan dengan Kementerian Pelancongan dan Lembaga Tabung Haji sebelum memilih mana-mana syarikat yang menawarkan pakej haji dan umrah bagi memastikan syarikat berkenaan menepati syarat serta peraturan yang ditetapkan. "Dalam keghairahan orang ramai menerima tawaran pelaburan, banyak pihak ambil kesempatan. Justeru orang ramai perlu berhati-hati dan merujuk pihak berkuasa," katanya. Fathul Bari juga memintya pihak berkuasa mengambil tindakan segera selepas banyak laporan polis dibuat oleh mangsa keatas kedua-dua suspek. "Kita tidak membuat sebarang tuduhan, namun secara prinsipnya selepas semakan dibuat, diploma yang ditawakan akedemi itu tidak mendapat pengiktirafan MQR (Malaysian Qualifications Register)," katanya. Sementara itu,aktivis PPIM, Syed Kamarul Almashor berkata, PPIM telah membuat siasatan selepas aduan dikemukakan dengan cuba menghubungi akademi berkenaan, namun pejabat operasi akademi di Jalan Ipoh itu juga sudah ditutup.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...