Thursday, February 16, 2017

3463) BANTERAS JUDI: PIHAK BERKUASA DIMINTA JADIKAN NGO SEBAGAI RAKAN – ISMAWEB

KUALA LUMPUR, 19 Jamadilawal 1438H, Khamis – Pembanterasan kegiatan judi haram perlu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak supaya dapat ditangani secara berkesan.
Sehubungan itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ustaz Haji Ismail Mina Ahmad meminta semua pihak yang ada kuasa termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi ruang untuk NGO bekerjasama memerangi masalah judi.
Katanya, NGO dekat dengan masyarakat, dan kita mempunyai banyak maklumat.
“Jadi, polis kena anggap NGO sebagai rakan untuk jaga keharmonian sosial.
“Begitu juga dengan pemerintah, mereka kena sedar kepentingan NGO, jadi kena jadikan NGO sebagai rakan untuk sama-sama atasi masalah sosial.
“Kita bukan nak ambil tugas kerajaan, kita cuma nak bantu supaya masyarakat tak hanyut dengan masalah judi. Sebab apa? Sebab judi adalah haram dalam Islam, malah ia boleh merosakkan negara,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Mengulas lanjut Ismail berkata, pihaknya bimbang sekiranya kegiatan judi haram ini tidak diurus dengan baik.
“Jika penguatkuasaan tidak dilaksanakan dengan baik, pasti akan ada orang yang melindungi pengusaha judi.
“Maka, pihak berkuasa perlu wujudkan satu suruhanjaya khusus untuk menangani masalah judi.
“Pada saya, ia perlu dianggotai oleh NGO dan individu yang dihormati. Jangan campurkan dengan orang politik,” katanya lagi.
Sementara itu mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mahu meminda Akta Rumah Judi Terbuka 1953 katanya, beliau sangat sokong akta lapuk itu diubah.
“Saya sokong, cuma saya minta kalau nk dipinda, pinda hukumannya kepada mandatori.
“Penjara paling kurang 3 bulan, hukuman 1 rotan. Lebih lagi bagus. Kalau sekadar denda RM10,000 tidak berkesan langsung, sebab mereka mampu nak bayar,” katanya.




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...