Friday, February 3, 2017

3406) WUJUDKAN LEBIH BANYAK TADIKA MILIK KERAJAAN - KOSMO - 3/2/2017

                   kosmo 3.2.2017
 Kuala Lumpur - Tadika prasekolah kerajaan perlu diperbanyakkan lagi di kawasan bandar-bandar besar bagi memenuhi permintaan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di negara ini. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, ketika ini kemudahan tadika milik kerajaan kerajaan lebih banyak ditawarkan di kawasan luar bandar berbanding di bandar-bandar besar. Beliau berkata kekurangan itu menyebabkan ibu bapa yang tinggal di bandar tiada pilihan selain menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta yang mengenakan caj lebih mahal. " Sebagai contoh, kawasan yang padat dengan penduduk hanya mempunyai sebuah tadika milik kerajaan. Namun terdapat 10 buah tadika swasta di kawasan itu. " ia tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang banyak daripada ibubapa," katanya ketika dihubungi kosmo! semalam ketika mengulas mengenai caj mahal yang dikenakan tadika swasta di bandar-bandar besar. Nadzim berkata, kerajaan boleh mewujudkan satu badan kawal selia bagi mengawal yuran yang boleh dikenakan oleh pengusaha tadika swasta supaya ia tidak terlalu mahal. Beliau berkata badan kawal selia itu perlu ditubuhkan bagi mengelak pengusaha tadika mengambil kesempatan terhadap pengguna.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...