Saturday, February 4, 2017

3409) PENJAWAT AWAM, PESARA SASARAN UTAMA - UTUSAN MALAYSIA - 4/2/2017

                              utusan malaysia 4.2.2017
 PENJAWAT AWAM, PESARA SASARAN UTAMA

Penjawat awam, pesara dan pemilik kad kredit merepukan golongan yang sering dijadikan sasaran syarikat atau individu melakukan penipuan dalam urusan pembelian mesin layan diri. Ini kerana sejak 2010, perniagaan mesin layan diri mulai popular dan semakin mendapat permintaan dalam pasaran kerana dilihat mampu menjana pendapatan. Bagaimanapun, bukan mudah untuk menarik perhatian orang ramai untuk melibatkan diri dalam perniagaan jenis ini. Oleh kerana itu, ada pihak yang terdesak melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan pembeli kerana bayaran lumayan, tidak kurang RM5,000 sudah pasti akan daripada seorang pelanggan baharu “Pelbagai taktik dilakukan untuk mendapat pembeli sehingga ada yang tidak beretika. Pelbagai modus operandi dibuat sehingga menjerat pembeli” kata Pengurusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan kepada Utusan Malaysia Sabtu. Menurut Nadzim, sehingga kini pihaknya masih menerima aduan daripada individu yang tertipu dengan perniagaan mesin layan diri terutama melalui pembelian secara kad kredit. Selain itu, katanya, penjawat awam dan pesara menjadi sasaran pihak yang menjalankan perniagaan tersebut. “Jika dilihat peniagaan ini memang okey. Untung yang didapati daripada penjualan satu mesin bukan sedikit. Perkara ini mendorong pihak tidak bertanggungjawab melakukan pelbagai cara sehingga menipu orang,” katanya Katanya, orang ramai perlu lebih berhati-hati dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu untuk melabur dalam perniagaan seperti ini. “Dapatkan maklumat lengkap terlebih dahulu mengenai industry layan sendiri sebelum membuat pelaburan,” katanya.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...