Thursday, January 1, 2015

2303) AKTIVITI PPIM - 31/12/2014 - Mesyuarat Misi Banjir


Satu Mesyuarat Sekretariat Bantuan Misi Banjir (BMB) telah diadakan pada 31 Disember 2014 (Rabu) di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai Setapak. 

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Penyelaras Program BMB YBhg. Dato’ Noor Azman Idris dari Yayasan Muamalat Belia (YMB). 

Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan isu-isu berbangkit dan post mortem berkaitan misi pertama yang telah dilaksanakan pada 29 Disember 2014 ke Pulau Tawar, Jerantut Pahang. 

Ahli mesyuarat yang terdiri dari para aktivis dan sukarelawan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Muamalat Belia (YPM), Ahli Parlimen Setiawangsa dan AJK Masjid Abu Ubaidah telah mengemukakan segala kelemahan dan cadangan penambahbaikkan yang perlu dilakukan untuk perlaksanaan misi kedua. 

Bantuan Misi Banjir yang kedua dijadualkan akan dilakukan pada 3 Januari 2015 (Sabtu) ke lokasi yang sama iaitu di Pulau Tawar, Jerantut Pahang.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...