Thursday, January 1, 2015

2301) UTUSAN MALAYSIA - 31/12/2014 - BATAS Kumpul, Hantar Sendiri RM80,000 Bantuan Banjir



KUALA LUMPUR 29 Dis. - Pertubuhan bukan kerajaan, Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas) Malaysia hari ini melancarkan misi penghantaran bantuan banjir bernilai RM80,000 kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam paling teruk sejak 35 tahun lepas di Kelantan. 

Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd. Assri Ismail, barangan yang terdiri daripada keperluan asas dan makanan ringan tersebut dikumpulkan melalui dana yang disumbangkan oleh para ahli persatuan. 

Jelas beliau, misi yang dinamakan Misi Bantuan Bencana Banjir Smart Team Batas Malaysia berkenaan akan melibatkan 24 buah kenderaan pacuan empat roda dan lima buah lori. - UTUSAN ONLINE 

Sumber : http://www.utusan.com.my/video/batas-kumpul-hantar-sendiri-rm80-000-bantuan-banjir-1.43021

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...