Monday, December 30, 2013

1064) MYNEWSHUB 29/12/2013 GUNA KUASA PENGGUNA BUKAN SERTAI PERHIMPUNAN



KUALA LUMPUR – Gunakan kuasa pengguna dan bukannya turun ke jalan dengan sertai perhimpunan haram menggulingkan kerajaan pada 31 Dis ini sebagai membantah peningkatan kos sara hidup, kata Ketua Aktivis PersatuanPengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
“Kita boleh bantah dengan cara yang bijaksana. Malaysia merupakan negara demokrasi yang mempunyai undang-undang, jadi gunakan kuasa pengguna dalam keadaan yang bijak.
“Perkara ini boleh ditangani, memang ia memberikan tekanan tetapi kita perlutahu apa yang kita boleh buat bagi memastikan diri kita tidak terjejas dengan kenaikan-kenaikan ini,” katanya dalam sidang media selepas sesi soal jawab isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), subsidi, muflis dan ‘along’, Sabtu.
Beliau berkata orang ramai seharusnya menjadikan isu kenaikan sebagaicabaran dan pencetus kebangkitan agar berusaha lebih bersungguh-sungguhmelakukan sesuatu untuk menjana serta meningkatkan pendapatan.
“Bagi PPIM, kita merasakan orang awam perlu membuat sesuatu yang lebih produktif seperti melakukan perniagaan,” katanya.
Dalam pada itu, Nadzim berkata kerajaan perlu memikirkan langkah terbaikbagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan beberapa siri kenaikan yangdiumum.
Beliau berkata pentadbiran kerajaan perlu mengambil langkah bagi memperbaiki segala kesilapan terdahulu agar ketirisan perbelanjaan tidak lagi berlaku dalamurusan kerajaan.
“Dari sudut kerajaan pula, memang tiada masalah jika cukai GST perlu dibuat tetapi pastikan hasil cukai itu tidak habis akibat ketirisan dan sekiranya kerajaan melakukan dengan baik, kita pasti rakyat juga tidak akan membantah.
“Kita cadangkan agar suatu jawatankuasa ditubuhkan bagi memastikan ketirisantidak berlaku selain mengkaji semula kaedah pembahagian subsidi yang dilihattidak adil pada ketika ini,” katanya.
Pada masa sama, katanya, kerajaan perlu meningkatkan keberkesanan tadbirurus negara, terutama dengan mengurangkan kos berbanding menaikkan harga barangdalam usaha merasionalisasi subsidi, seperti nasihat bekas Perdana Menteri TunDr Mahathir Mohamad.-BERNAMA

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...