Thursday, December 26, 2013

1057) RAKYAT NEWS 24/12/2013 ISU MUFLIS : PPIM TEMPELAK TINDAKAN BANK SECARA MELULU




. KUALA LUMPUR 24 Dis - Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk  Nadzim Johan hari ini menempelak sikap beberapa pihak bank yang mengambil tindakan secara melulu dengan menyenarai hitamkan nama seseorang yang didakwa membuat pinjaman tanpa membuat sebarang kajian.

Nadzim berkata, pihak bank sepatutnya melalui beberapa prosedur termasuk mengesan peminjam yang didakwa membuat pinjaman tersebut sebelum mengambil tindakan saman serta mengisytiharkan seseorang peminjam tersebut muflis.

"Kita telah banyak menerima aduan yang mana membawa maksud sistem dan prosedur yang wajib dijalankan oleh pihak bank tidak dilakukan dengan baik.

"Ianya tidak munasabah kerana pihak bank perlu menghantar beberapa dokumen seperti surat saman serta mengesan seseorang terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media bagi mendedahkan seorang mangsa yang menghadapi tindakan saman selepas dikatakan mempunyai hutang pinjaman berjumlah RM 84Juta di Kondominium Villa Puteri di sini.

Beliau menjelaskan, orang ramai seharusnya mengetahui setiap prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak bank agar mereka boleh mengambil tindakan dengan memprotes tindakan sesebuah bank tersebut.

"Ramai kita tidak tahu dan tidak paham dan tiba-tiba sahaja peminjam akan diisytiharkan sebagai bankrap, dan sekiranya kita faham mengenainya kita boleh mempertikaikannya seperti tiada surat tuntutan yang diterima.

"Saya percaya antara 200,000 orang yang telah diisytiharkan muflis, mungkin ramai antaranya yang menghadapi proses undang-undang yang tidak dilaksanakan dengan betul," ujarnya.

Sehubungan itu, PPIM akan melakukan kerjasama dengan Sekteriat Bebas Muflis yang melantik beberapa pakar yang bertindak sebagai badan forensik bagi mengkaji sesebuah tindakan senarai hitam ke atas peminjam melalui prosedur undang-undang yang telah ditetapkan ataupun tidak.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...