Monday, December 2, 2013

1017) RAKYAT NEWS 30/11/2013 ISU KENAIKAN GAJI -KEPUTUSAN MB SELANGOR TINDAKAN DRASTIK







KUALA LUMPUR 30 Nov - Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Dato' Sohaimi Shahadan hari ini berkata, tindakan kenaikan gaji yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim baru- baru ini merupakan satu tindakan drastik.

Beliau berkata, memandangkan Pakatan Rakyat berjaya memerintah negeri Selangor untuk penggal kedua, pembangkang bertindak melampau dengan menaikkan gaji sehingga 300 peratus dan melebihi peruntukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pada saya kerajaan negeri Selangor perlu bertindak secara rasional,

"Ini satu tindakan drastik yang dibuat oleh kerajaan negeri dimana mereka menaikkan gaji sehingga 300 peratus dan melebihi Perdana Menteri", katanya selepas merasmikan Seminar dan Penerangan Rasionalisasi Subsidi di Dewan Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini. 
Sohaimi menjelaskan, kenaikan gaji boleh diterima tetapi tidak melampau sehingga 300 peratus  diberikan terhadap menteri besar, exco kerajaan negeri, speaker Dun, timbalan speaker dan Adun kerajaan Selangor.

Sementara itu, beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, mengumumkan Sekretariat Bebas Muflis yang ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Umno menganjurkan Klinik Bebas Muflis pada 10 Disember ini.

" Ia bertujuan memberikan kelonggaran kepada sesiapa yang terlibat dalam isu muflis," katanya kepada pemberita RakyatNews.

Sohaimi menyeru kepada sesiapa yang terlibat dalam isu muflis ini agar datang untuk memberikan maklumat serta bawa bukti serta sebarang kertas sokongan untuk direkodkan.



No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...