Monday, December 9, 2013

1029) HARIAN METRO 9/12/2013 -BANTU BANDUAN BERDIKARI-





Headline: Bantu banduan berdikari
Publication: HM
Date of publication: Dec 9, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 004


Kuala Lumpur: "Mesti ada pihak kedua yang memantau bekas banduan sehingga mereka sendiri boleh berdikari," kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Katanya, pihak kedua iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Penjara berkaitan harus memantau banduan selepas mereka keluar bagi memastikan kehadiran dalam masyarakat diterima.

"Kebanyakan bekas banduan sukar mendapat pekerjaan berikutan stigma masyarakat yang tidak yakin dengan kebolehan mereka. Ia sekali gus menyebabkan mereka kembali kepada rakan lama dan mengulangi kesilapan.

"Mereka ini tiada tempat bergantung dan dibiarkan berdiri sendiri, justeru kerjasama pihak berkaitan perlu sehingga mereka diberi pekerjaan. Namun, tidak boleh dibiarkan dan pemantau harus dilakukan berterusan," katanya, semalam.



Nadzim mengulas laporan muka depan Harian Metro pada Sabtu lalu, mengenai bekas banduan dikenali Botak Chop, 53, yang insaf selepas meringkuk dalam penjara lebih 26 tahun dan disebat 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...