Thursday, December 12, 2013

1032) KOSMO 12/11/2013 SIASAT MINYAK DARI DAPUR HARAM







KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan kebimbangan mengenai terdapat kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul daripada dapur restoran tidak halal sebelum dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (gambar kecil) mendedahkan, tindakan itu dipercayai dilakukan oleh pengusaha-pengusaha minyak masak kitar semula tidak berlesen yang menjualnya semula pada harga murah kepada peniaga terbabit.

Menurut beliau, masalah itu tidak berlaku dalam kalangan pengusaha berlesen kerana mereka sering dipantau oleh pihak berkuasa tetapi pemantauan tidak dilakukan ke atas pengusaha minyak kitar semula haram.

“Pengusaha haram ini, selain mengitar minyak masak lebih dua kali dan menjualnya kepada peniaga pasar malam dan peniaga makan ringan tepi jalan, mereka juga tidak mustahil mencampur aduk minyak antara restoran halal dan tidak halal,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Nadzim memberitahu, pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu daripada pihak tidak bertanggungjawab terbabit.

“Cuba periksa peniaga pasar malam, peniaga pisang goreng yang membeli minyak kitar semula itu pada harga murah. Mereka tidak membeli daripada syarikat berlesen,” jelasnya.


Sehubungan itu, katanya, PPIM telah melantik pasukan penyiasat khas untuk menyiasat perkara tersebut dan memberi bukti kepada pihak berkuasa mengenai kewujudan penjualan minyak masak kitar semula yang tidak sesuai digunakan oleh peniaga.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...