Monday, December 9, 2013

1030) HARIAN METRO 9/12/2013 TUBUH PASUKAN PANTAU PELAJAR ASING


Headline: Tubuh pasukan pantau pelajar asing
Publication: HM
Date of publication: Dec 9, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 013


Kuala Lumpur: Satu pasukan khas perlu ditubuhkan di institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengambil pelajar asing bagi mengesan kegiatan menyalahgunakan visa pelajar masuk ke negara ini semata-mata mahu menjadi pelacur.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, senario itu perlu dipandang serius pihak berkenaan, jika tidak dibendung bimbang kegiatan pelacuran di kalangan gadis asing terus meningkat.

"Mana-mana IPT sama ada awam atau swasta harus peka bukan hanya memikirkan untung semata-mata kerana mereka yang menggunakan visa itu sememangnya sudah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di negara ini.

"Jika didapati mereka tidak hadir mendaftar, pasukan berkenaan harus mengenal pasti status mereka dan melaporkan kepada pihak atasan," katanya.

Nadzim berkata demikian ketika mengulas mengenai perbuatan licik gadis warga asing yang menyalahgunakan visa pelajar untuk ke negara ini sebaliknya bekerja sebagai pelacur.


Semalam Metro Ahad melaporkan, seorang gadis dari negara Arab ditangkap imigresen kerana menjadi pelacur di salah sebuah kelab malam di ibu kota selepas masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...