Thursday, December 26, 2013

1056) RAKYAT NEWS 24/12/2013 HUTANG 83 JUTA : WANITA MELAYU DIISYTIHAR MUFLIS




KUALA LUMPUR 24 Dis - Seorang pekerja sebuah syarikat swasta terkejut diisytiharkan muflis selepas beliau dianiaya oleh bekas majikanya dan terpaksa menanggung hutang bernilai RM 83 Juta  serta penggunaan kad kredit untuk penggunaan pejabat bernilai RM 127,000.

Radziah Hussein berkata, beliau terkejut sejurus menerima surat mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman bankrap kepadanya tanpa menerima sebarang surat tuntutan daripada pihak bank.

"Saya terkejut selepas saya diisytiharkan muflis sedangkan saya tidak pernah menghadirkan diri ke mahkamah serta mewakilkan kepada mana-mana peguam bagi pihak saya ke mahkamah bagi membuat mahkamah.

"Saya juga pernah membuat surat kepada pihak bank tetapi pihak bank telah menyatakan bahawa saya tidak boleh membuat sebarang tindakan kerana hukuman telah dijatuhkan oleh pihak mahkamah," katanya semasa sidang media di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kondominium Villa Puteri di sini hari ini.

Beliau kemudian telah dibebaskan daripada status muflis serta hutang tersebut baru-baru ini selepas permohonan pembatalannya diterima oleh mahkamah di atas bantuan dan tindakan daripada PPIM.

Radziah memberitahu, dirinya merasa begitu tertekan semasa mengetahui jumlah hutang tersebut sehingga ditimpa kemurungan serta takut untuk berjumpa dengan orang ramai.

Katanya, beliau percaya ini adalah konspirasi terancang antara bekas majikannya dengan pihak bank kerana beliau tidak pernah menurunkan sebarang tandatangan untuk pinjaman tersebut.

"Saya rasa trauma semasa mengetahui nilai hutang dan tidak sedarkan diri selama tiga hari dan sering kali mengalami pening kepala kerana tekanan melampau.

"Saya benci untuk bertemu dengan orang ramai kerana merasakan semua orang di negara ini adalah penipu.

"Tetapi saya pelik kerana tiada sebarang bantahan daripada pihak bank selepas saya dibebaskan dan atas dasar itu saya percaya wujud penipuan di antara pihak bank dan bekas majikan saya," ujarnya

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...