KUALA LUMPUR, 27 Mei 2022 –”Dalam isu ketiadaan ayam di pasar terbuka, peniaga runcit boleh dan harus membuat laporan kepada pihak berkuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) atau membawa perkara itu ke mahkamah jika dirasakan perlu.”
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pengusaha ladang ayam mempunyai kontrak untuk membekalkan ayam kepada pembekal atau pemborong.
“Jadi apa gunanya mereka bela ayam jika tiada pembeli, mereka akan berusaha mendapatkan kontrak untuk membekalkan ayam kepada pembekal atau pemborong secara pukal sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan atau setahun,” katanya.
“Mengapa mengambil sikap cuba membebankan pengguna dengan masalah yang direka-reka dan kelihatan sangat tidak masuk akal.”
Beliau turut menasihatkan pengguna untuk bertindak bijak dalam menilai situasi semasa dan kembali mengawal keadaan pasaran negara.
“Jangan kita nak termakan, permainan pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini yang cuba menangguk di air keruh.”
“Sampai bila kita sebagai pengguna di Malaysia akan terus menjadi alat oleh mereka untuk menaikkan harga atau mendapatkan keuntungan lebih dalam jual beli.”
Justeru, PPIM menegaskan kerajaan tidak harus tunduk kepada tuntutan pihak yang tamak dan sering memperbodohkan pengguna untuk kepentingan diri mereka.
PPIM menyifatkan tindakan beberapa pihak yang mendakwa tiada bekalan ayam di ladang ternakan sebagai tidak bertanggungjawab dan langsung tidak masuk akal.
Beliau juga menegaskan kepada pihak tidak bertanggungjawab ini agar tidak terus mencetuskan panik dalam kalangan pengguna yang akhirnya mereka sendiri pula yang terpaksa menanggung akibat perbuatan mereka kelak.
Artikel oleh: Samudera.my
PPIM SARAN PENIAGA AYAM BAWA ISU AYAM KE MAHKAMAH
https://www.samudera.my/ppim-saran-peniaga-ayam-bawa-isu-ayam-ke-mahkamah/
No comments:
Post a Comment