Thursday, June 23, 2022

PPIM BANGUNKAN APLIKASI YAKIN, BANTU KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN - ONE NEWS - 16/06/2022

 

Aplikasi YAKIN, sebuah platform gaya hidup Muslim yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dilihat mampu membantu pengguna mengenal pasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat penipuan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata aplikasi itu akan membantu pengguna untuk lebih berwaspada sebelum menjalankan sebarang urusan, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Aplikasi YAKIN turut menyediakan ciri-ciri lain antaranya tasbih digital, waktu solat, arah kiblat, doa harian dan kalkulator zakat. Beliau berkata demikian pada sidang media majlis pelancaran Aplikasi ‘Yakin’ di Petaling Jaya.


Artikel oleh: One News

PPIM BANGUNKAN APLIKASI YAKIN, BANTU KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN

http://www.onenews.my/ppim-bangunkan-aplikasi-yakin-bantu-kenal-pasti-perkhidmatan-mengelirukan/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...