Showing posts with label YAKIN APPS. Show all posts
Showing posts with label YAKIN APPS. Show all posts

Friday, June 24, 2022

PPIM, CRESCENT DIGITAL LANCAR APLIKASI YAKIN PERKASA USAHAWAN, PENGGUNA ISLAM ERA DIGITAL - DAGANG NEWS - 16/06/2022

 

KUALA LUMPUR 16 Jun - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkolaborasi dengan Crescent Digital Sdn Bhd (Crescent Digital) untuk membangunkan dan mengendalikan aplikasi mudah alih rasmi dalam talian PPIM yang dikenali sebagai YAKIN.

Menerusi aplikasi YAKIN yang sudah pun sedia untuk dimuat turun secara percuma, pengguna-pengguna boleh menjadikan aplikasi YAKIN sebagai 'one stop centre' untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPIM.

Perkhidmatan itu melibatkan aduan hal ehwal pengguna, bantuan mangsa ah long atau ceti haram, sumbangan derma kepada saluran sahih dan berdaftar serta sebagai informasi paling terkini PPIM dari telefon pintar pengguna.

Turut disediakan dalam Modul lbadah aplikasi tersebut adalah waktu solat, kiblat, doa harian, tasbih dan pelbagai lagi.

Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, beliau mengalu-alukan inovasi ke arah digital dari PPIM dan Crescent Digital.

"Inisiatif untuk membina aplikasi ini dalam Bahasa Melayu adalah langkah yang sangat tepat demi memartabatkan bahasa tersebut sebagai bahasa kebangsaan.

"PPIM juga mempunyai jumlah pengikut media sosial yang ramai dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia iaitu lebih daripada 1.5 juta orang merentasi 5 platform media sosial. Justeru, aplikasi YAKIN berkemampuan menjadi aplikasi gaya hidup Muslim tempatan yang utama dan paling komprehensif bukan sahaja di Malaysia malah di rantau ini," katanya selepas pelancaran aplikasi itu.

Presiden dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula berkata, aplikasi itu bukan sahaja menyasarkan pengguna, malah dibangunkan dengan matlamat untuk membantu perniagaan-perniagaan yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara khusus dan efisien kepada kumpulan pengguna Islam dan bukan Islam.

"Perlu juga ditegaskan bahawa kempen-kempen derma yang terdapat di dalam aplikasi YAKIN telah disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh pihak kami.

"Bagi pihak PPIM, kami yakin bahawa aplikasi ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia bersesuaian dengan misi PPIM sendiri iaitu melaksanakan tuntutan fardhu kifayah yang membabitkan kepentingan pengguna dan perniagaan Islam melalui tindakan proaktif dan berstrategi: katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Digital, Nina Alyssa Zainal berkata, kolaborasi PPIM bersama pihaknya yang menyediakan khidmat transformasi digital dengan tumpuan khusus pada ekonomi digital Islam adalah amat tepat.

"Selain daripada ciri-ciri yang telah disebutkan, kami juga sedang merancang untuk memperkenalkan pelbagai lagi fitur di dalam aplikasi YAKIN merangkumi direktori perniagaan Islam, direktori scammers, tinjauan atau survey, e-Dagang dan lain-lain di fasa akan datang," katanya.

Aplikasi YAKIN dimuat turun secara percuma di Google Play Store, App Store dan Huawei AppGallery untuk semua telefon pintar Android dan iPhone. - DagangNews.com


Artikel oleh: DagangNews

PPIM, CRESCENT DIGITAL LANCAR APLIKASI YAKIN PERKASA USAHAWAN, PENGGUNA ISLAM ERA DIGITAL

https://www.dagangnews.com/ppim-crescent-digital-lancar-aplikasi-yakin-perkasa-usahawan-pengguna-islam-era-digital-16383

TAK PERLU VIRAL DULU, PPIM SEDIA RUANG ADUAN GUNA APLIKASI... TERUS HANTAR BULTI VIDEO DAN FOTO - MSTAR - 17/06/2022

 

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memang cukup terkenal dengan kelantangan mereka dalam membantu pengguna yang teraniaya, namun usaha itu tidak terhenti di situ.

PPIM mengorak langkah apabila membangunkan aplikasi mudah alih diberi nama YAKIN sebagai sebuah one stop centre dengan pelbagai perkhidmatan dan fitur menarik.

Antara perkhidmatan sinonim dengan PPIM adalah aduan hal ehwal pengguna yang membolehkan pengguna membuat aduan terus menerusi aplikasi itu serta memuat naik bahan bukti seperti gambar atau video dalam laporan mereka.

Presiden dan ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, meskipun ia bukan perkara baharu buat PPIM, namun fitur terbaharu dalam aplikasi itu memudahkan pengguna membuat aduan selain tindakan lebih cepat daripada pihaknya.

"Seperti biasa aduan yang paling banyak kita terima adalah seperti menjadi mangsa ahlong atau ceti haram, berkaitan aktiviti scammer, penipuan atau pun disenarai hitam oleh bank dan sebagainya.

ICN07030-4
YAKIN dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Adham Baba.

"Dengan adanya fitur ini, pengguna boleh terus membuat aduan mereka dan kami menjangkakan akan mendapat pelbagai aduan menerusinya," katanya.

Nadzim ditemui pada majlis pelancaran aplikasi itu yang dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba di Petaling Jaya pada Khamis.

YAKIN adalah kolaboraasi PPIM bersama Crescent Digital Sdn Bhd (Crescent Digital) yang membangunkan aplikasi itu.

Selain itu, YAKIN yang boleh dimuat turun secara percuma turut memperkenalkan beberapa fitur lain seperti sumbangan derma kepada saluran sahih dan berdaftar, informasi terkini PPIM serta modul ibadah termasuklah waktu solat, kiblat, doa harian, tasbih dan pelbagai lagi.

Antara yang menarik, pengguna aplikasi YAKIN dapat memilih laungan azan oleh artis terkenal tanahair iaitu Black Hanifah selain tetapan notifikasi waktu solat yang boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi tersebut.

Nadzim Johan berkata, aplikasi ini bukan sahaja mensasarkan pengguna malah ia dibangunkan dengan matlamat untuk membantu perniagaan yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara khusus dan efisien.

Nadzim berkata, pihaknya yakin aplikasi itu dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia bersesuaian dengan misi PPIM iaitu melaksanakan tuntutan fardu kifayah membabitkan kepentingan pengguna dan perniagaan Islam melalui tindakan proaktif dan berstrategi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Digital, Nina Alyssa pula memberitahu pihaknya juga sedang merancang untuk memperkenalkan lebih banyak fitur di dalam aplikasi YAKIN merangkumi direktori perniagaan Islam, direktori scammers, tinjauan atau survey, e-Dagang dan lain-lain di fasa akan datang.

Kolaborasi ini kata Nina, dapat membina sebuah ekosistem inovasi bagi membangunkan produk tempatan serta pemangkin kepada ekonomi digital Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.


Artikel oleh: MSTAR

TAK PERLU VIRAL DULU, PPIM SEDIA RUANG ADUAN GUNA APLIKASI… TERUS HANTAR BULTI VIDEO DAN FOTO

https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2022/06/17/tak-perlu-viral-dulu-ppim-sedia-ruang-aduan-guna-aplikasi-terus-hantar-bukti-video-dan-foto

PPIM LANCAR APLIKASI KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN DAN BERSIFAT SCAM - WISER.MY - 16/06/2022

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini telah melancarkan aplikasi yang dapat membantu pengguna mengenal pasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat scam (penipuan).

Aplikasi yang dikenali sebagai YAKIN itu dibangunkan secara bersama dengan Crescent Digital Sdn Bhd.

PPIM menyatakan mereka berharap aplikasi YAKIN ini membantu pengguna untuk lebih berwaspada sebelum menjalankan sebarang urusan, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Selain itu, sebagai sebuah aplikasi gaya hidup muslim, YAKIN menyediakan fitur waktu solat, kiblat, doa harian dan pelbagai lagi.

YAKIN juga menjadi platform untuk pengguna mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPIM, seperti aduan, sumbangan derma dan informasi serta berita paling terkini.

Aplikasi YAKIN ditawarkan menerusi  Google Play, Apple App Store dan HUAWEI AppGallery secara percuma.


Artikel oleh: Wiser.my

PPIM LANCAR APLIKASI KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN DAN BERSIFAT SCAM

https://wiser.my/ppim-lancar-aplikasi-kenal-pasti-perkhidmatan-mengelirukan-dan-bersifat-scam?fbclid=IwAR1U1nmspf8Z-2JNggBLXWE7oEiwl54V1qbVXB-ucX2j288KQOYTCtgitIU

APLIKASI 'YAKIN' ONE STOP CENTRE ADUAN PENGGUNA - UTV MEDIA - 16/06/2022

 

Kuala Lumpur, 16 Jun 2022 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah berkolaborasi dengan Crescent Digital Sdn Bhd (Crescent Digital) untuk membangunkan dan mengendalikan aplikasi mudah alih rasmi PPIM yang dikenali sebagai YAKIN. Aplikasi tersebut telah dilancarkan hari ini oleh Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Berasal dari perkataan Arab یقین‎ yang antara lain bermaksud ‘pasti, percaya dan tidak ragu-ragu’, nama YAKIN dipilih sebagai tanda kesungguhan PPIM bukan sahaja dalam usaha memperkasa pengguna dan usahawan Muslim era digital tetapi juga sebagai pemangkin dan pemacu inovasi tempatan bernilai tinggi justeru menyumbang kepada ekonomi digital Islam di Malaysia.

Menerusi aplikasi YAKIN yang sudahpun sedia untuk dimuat turun secara percuma, pengguna-pengguna boleh menjadikan aplikasi YAKIN sebagai ‘one stop centre’ untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPIM seperti perkhidmatan aduan hal ehwal pengguna, bantuan mangsa ahlong atau ceti haram, sumbangan derma kepada saluran yang sahih dan berdaftar; dan sebagai informasi paling terkini dari PPIM dengan amat mudah secara dalam talian dari telefon pintar mereka.

Selari dengan slogan Aplikasi Digital Gaya Hidup Muslim, aplikasi YAKIN yang dikuasakan oleh Crescent Digital tanpa sebarang kos juga dibina untuk membantu pengguna Islam menerapkan gaya hidup Muslim dalam kehidupan seharian dengan mudah. Diantara fitur atau ciri-ciri yang disediakan di dalam Modul Ibadah aplikasi YAKIN ini adalah waktu solat, kiblat, doa harian, tasbih dan pelbagai lagi. Antara yang menarik, pengguna aplikasi YAKIN dapat memilih laungan azan oleh artis terkenal tanahair, Black Hanifah, untuk tetapan notifikasi waktu solat yang boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi tersebut.

Di dalam ucapannya, Dato’ Sri Dr. Adham Baba mengucapkan tahniah kepada PPIM dan Crescent Digital di atas pelancaran aplikasi YAKIN. Jelas beliau lagi, “Saya amat mengalu-alukan inovasi ke arah digital dari PPIM dan Crescent Digital ini. Inisiatif untuk membina aplikasi ini di dalam Bahasa Malaysia adalah langkah yang sangat tepat demi memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. PPIM juga mempunyai jumlah pengikut media sosial yang besar di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia iaitu lebih daripada 1.5 juta orang merentasi 5 platform media sosial.

Justeru itu, aplikasi YAKIN berkemampuan untuk menjadi aplikasi gaya hidup Muslim tempatan yang utama dan paling komprehensif bukan sahaja di Malaysia malah di rantau ini.

Menurut Presiden dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula, “Aplikasi ini bukan sahaja mensasarkan pengguna, malah ia juga dibangunkan dengan matlamat untuk membantu perniagaan-perniagaan yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara khusus dan efisien kepada kumpulan pengguna Islam dan bukan Islam. Perlu juga ditegaskan bahawa kempen-kempen derma yang terdapat di dalam aplikasi YAKIN telah disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh pihak kami.

Bagi pihak PPIM, kami yakin bahawa aplikasi ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia bersesuaian dengan misi PPIM sendiri iaitu melaksanakan tuntutan fardhu kifayah yang membabitkan kepentingan pengguna dan perniagaan Islam melalui tindakan proaktif dan berstrategi.”
Kolaborasi PPIM bersama Crescent Digital yang menyediakan khidmat transformasi digital dengan tumpuan khusus pada ekonomi digital Islam adalah amat tepat.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Digital, Puan Nina Alyssa, “Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan PPIM dalam inisiatif ini. Selain daripada ciri-ciri yang telah disebutkan, kami juga sedang merancang untuk memperkenalkan pelbagai lagi fitur di dalam aplikasi YAKIN merangkumi direktori perniagaan Islam, direktori scammers, tinjauan atau survey, e-Dagang dan lain-lain di fasa akan datang.

Saya percaya kolaborasi ini juga dapat membina sebuah ekosistem inovasi yang hebat bagi membangunkan produk tempatan serta menjadi pemangkin kepada ekonomi digital Islam bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia Tenggara.

Saya juga ingin memberikan penghargaan kepada rakan-rakan kerjasama kami yang turut memberi sokongan terhadap inisiatif ini seperti Mastercard, Jakel, Syed Food, Mobiliti One, Sayajual.io, Staedtler dan Lilit”.

Aplikasi YAKIN boleh didapati dan dimuat turun secara percuma di Google Play Store, App Store dan Huawei AppGallery untuk semua telefon pintar Android dan iPhone.

Ikuti aplikasi YAKIN di Instagram dan Facebook dengan nama @YAKINAPP. Untuk maklumat lanjut berkenaan PPIM, sila layari www.ppim.org.my. Untuk maklumat lanjut berkenaan Crescent Digital, sila layari www.crescentdigital.com.my. Ikuti PPIM di lnstagram dengan nama @ppim.official dan Facebook dengan nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).


Artikel oleh: UTV Media

APLIKASI 'YAKIN' ONE STOP CENTRE ADUAN PENGGUNA

https://utvmediamalaysia.com/aplikasi-yakin-one-stop-centre-aduan-pengguna/

PPIM BANGUNKAN APLIKASI YAKIN, BANTU KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN - UMNO ONLINE - 16/06/2022

 

PETALING JAYA, 16 Jun – Aplikasi YAKIN, sebuah platform gaya hidup Muslim yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dilihat mampu membantu pengguna mengenal pasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat scam (penipuan).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata aplikasi yang dibangunkan bersama Crescent Digital Sdn Bhd itu akan membantu pengguna untuk lebih berwaspada sebelum menjalankan sebarang urusan, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

“Sebagaimana kita sedia maklum, peranan PPIM adalah untuk memperjuangkan hak-hak pengguna dan aplikasi YAKIN bertepatan dengan objektif penubuhan PPIM lebih-lebih lagi dalam dunia digital untuk mendidik rakyat agar lebih sofistikated dan celik teknologi.

“Pengguna boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPIM seperti aduan hal ehwal pengguna, sumbangan derma dan pelbagai maklumat terkini daripada PPIM dengan mudah menggunakan telefon pintar mereka,” katanya pada majlis pelancaran aplikasi mudah alih YAKIN di sini hari ini.

Aplikasi YAKIN turut menyediakan ciri-ciri lain antaranya tasbih digital, waktu solat, arah kiblat, doa harian dan kalkulator zakat.

Selain itu, Dr Adham percaya aplikasi YAKIN berpotensi digunakan sebagai platform untuk membantu serta menyokong peniaga khususnya Muslim untuk mempromosikan produk mereka.

Beliau berkata aplikasi YAKIN dilihat mampu memperkasa pengguna dan usahawan khususnya yang beragama Islam seterusnya memacu inovasi tempatan bernilai tinggi yang mampu menyumbang kepada ekonomi digital negara.

Dr Adham berharap pada masa hadapan PPIM dapat menjadikan aplikasi YAKIN sebagai platform e-dagang yang menjual barang harga patut untuk manfaat pengguna.

“Kini, produk dan perkhidmatan halal semakin mendapat perhatian global bukan sahaja disebabkan pertambahan umat Islam di dunia, tetapi juga kerana produk halal dikenali sebagai penanda aras bagi kualiti dan juga jaminan keselamatan yang baik.

“Selain itu, industri halal juga tidak terhad kepada sektor makanan (tetapi juga) sektor-sektor inovasi lain termasuk pertanian, kewangan, fesyen, kosmetik, farmasi, perusahaan, pelancongan dan insurans,” katanya. – BERNAMA

Artikel oleh: UMNO Online

PPIM BANGUNKAN APLIKASI YAKIN, BANTU KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN

https://umno-online.my/2022/06/16/ppim-bangunkan-aplikasi-yakin-bantu-kenal-pasti-perkhidmatan-mengelirukan/

PPIM LANCAR APLIKASI YAKIN - UMMAH TODAY - 16/06/2022

 

KUALA LUMPUR : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah berkolaborasi dengan Crescent Digital Sdn Bhd (Crescent Digital) untuk membangunkan & mengendalikan aplikasi mudah alih rasmi PPIM yang dikenali sebagai YAKIN.

Aplikasi tersebut telah dilancarkan hari ini oleh Datuk Seri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi
dan Inovasi.

Berasal dari perkataan Arab یقین‎ yang antara lain bermaksud pasti, percaya dan tidak ragu-ragu, nama YAKIN dipilih sebagai tanda kesungguhan PPIM bukan sahaja dalam usaha memperkasa pengguna dan usahawan Muslim era digital tetapi juga sebagai pemangkin dan pemacu inovasi tempatan bernilai tinggi justeru menyumbang kepada ekonomi digital Islam di Malaysia.

Menerusi aplikasi YAKIN yang sedia untuk dimuat turun secara percuma, pengguna-pengguna boleh menjadikan aplikasi YAKIN sebagai ‘one stop centre’ untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPIM seperti perkhidmatan aduan hal ehwal pengguna, bantuan mangsa ahlong atau ceti haram, sumbangan derma kepada saluran yang sahih dan berdaftar; dan sebagai informasi paling terkini dari PPIM dengan amat mudah secara dalam talian dari telefon pintar mereka.

Selari dengan slogan Aplikasi Digital Gaya Hidup Muslim, aplikasi YAKIN yang dikuasakan oleh Crescent Digital tanpa sebarang kos juga dibina untuk membantu pengguna Islam menerapkan gaya hidup Muslim dalam kehidupan seharian dengan mudah. Diantara fitur atau ciri-ciri yang disediakan di dalam Modul Ibadah aplikasi YAKIN ini adalah waktu solat, kiblat, doa harian, tasbih dan pelbagai lagi. Antara yang menarik, pengguna aplikasi YAKIN dapat memilih laungan azan oleh artis terkenal tanahair, Black Hanifah, untuk tetapan notifikasi waktu solat yang boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi tersebut.

“Saya amat mengalu-alukan inovasi ke arah digital dari PPIM dan Crescent Digital ini. Inisiatif untuk membina aplikasi ini di dalam Bahasa Malaysia adalah langkah yang sangat tepat demi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. PPIM juga mempunyai jumlah pengikut media sosial yang besar di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia iaitu lebih daripada 1.5 juta orangmerentasi 5 platform media sosial. Justeru itu, aplikasi YAKIN berkem ampuan untuk menjadiaplikasi gaya hidup Muslim tempatan yang utama dan paling komprehensif bukan sahaja di Malaysia malah di rantau ini.” jelas Dr Adham Baba kepada pemberita.

Menurut Presiden &  Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula, aplikasi ini bukan sahaja mensasarkan pengguna, malah ia juga dibangunkan dengan matlamat untuk membantu perniagaan-perniagaan yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara khusus dan efisien kepada kumpulan pengguna Islam dan bukan Islam.

Perlu juga ditegaskan bahawa kempen-kempen derma yang terdapat di dalam aplikasi YAKIN telah disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh PPIM. Bagi pihak PPIM, kami yakin bahawa aplikasi ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia bersesuaian dengan misi PPIM sendiri iaitu melaksanakan tuntutan fardhu kifayah yang membabitkan kepentingan pengguna dan perniagaan Islam melalui tindakan proaktif dan berstrategi.

Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Digital, Nina Alyssa turut menyatakan rasa bangga di atas kerjasama PPIM dalam inisiatif ini. Selain daripada ciri-ciri yang telah disebutkan, mereka juga sedang merancang untuk memperkenalkan pelbagai lagi fitur di dalam aplikasi YAKIN merangkumi direktori perniagaan Islam, direktori scammers, tinjauan atau survey, e-Dagang dan lain-lain di fasa akan datang.

Aplikasi YAKIN boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store, App Store dan Huawei AppGallery untuk semua telefon pintar Android & iPhone.

Artikel oleh: Ummah Today

PPIM LANCAR APLIKASI YAKIN

https://ummahtoday.com.my/ppim-lancar-aplikasi-yakin/?fbclid=IwAR1GlrYIsro8J5b5MfXyvLnUzScEQAwz3zwy0kmr9bDlNM56cL9mc15q8n4

APLIKASI YAKIIN KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN - BULETIN TV9 - 16/06/2022

 

Aplikasi YAKIN, sebuah platform gaya hidup muslim yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dilihat mampu membantu pengguna mengenal pasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat penipuan.

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi , Datuk Seri Dr Adham Baba berkata aplikasi itu juga dapat membantu pengguna lebih berwaspada sebelum menjalankan sebarang urusan.

Sumber: Buletin TV9

APLIKASI YAKIIN KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN

https://www.youtube.com/watch?v=SpTOc1dvW8s

SIDANG MEDIA MAJLIS PELANCARAN APLIKASI YAKIN - TEH TARIK TIMES - 16/06/2022

 

YB Dato' Sri Dr. Adham Bin Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi melancarkan aplikasi YAKIN bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 16 Jun 2022. Turut hadir di majlis pelancaran ialah Encik Nadzim Johan @ Toqqi, Ketua Aktivis PPIM

Sumber: Teh Tarik Times

SIDANG MEDIA MAJLIS PELANCARAN APLIKASI YAKIN

https://www.youtube.com/watch?v=zi61a-PoBu4

APLIKASI YAKIN, PLATFORM INDIVIDU DAPATKAN PERKHIDMATAN PPIM & SUMBER GAYA HIDUP MUSLIM - SOYACINCAU - 16/06/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkolaborasi dengan Crescent Digital Sdn Bhd (Crescent Digital) untuk membangunkan aplikasi mudah alih rasmi PPIM yang dikenali sebagai Yakin. Aplikasi ini telah dilancarkan oleh Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Aplikasi ini boleh bantu anda menerapkan gaya hidup muslim dalam kehidupan seharian dengan mudah berdasarkan ciri-ciri yang tersedia di dalamnya. Di bawah tab Ibadah, ciri yang disediakan adalah waktu solat, laungan azan, doa harian, tasbih, arah kiblat, kalkulator zakat, tazkirah dan kalendar Islam.

Selain itu, di dalam aplikasi ini juga ada halaman disediakan untuk anda menderma. Menurut Presiden dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, kempen-kempen derma yang terdapat di dalam aplikasi ini telah disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh pihaknya sebelum dikongsikan pada aplikasi.

Selain daripada ciri keagamaan, anda boleh juga dapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPIM menerusi aplikasi ini. Antaranya, melalui tab halaman utama, anda boleh beri aduan jika terlibat dengan isu berkaitan hal ehwal pengguna atau jadi mangsa ahlong serta ceti haram. Di samping itu, bahan bacaan dan video yang diterbitkan oleh PPIM juga boleh diakses melalui halaman ini.

Menurut Datuk Nadzim Johan, aplikasi ini bukan sahaja mensasarkan pengguna, malah ia juga dibangunkan dengan matlamat untuk membantu perniaga yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka kepada kumpulan pengguna.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Digital, Puan Nina Alyssa, mereka juga sedang merancang untuk memperkenalkan banyak lagi ciri di dalam aplikasi Yakin. Ia merangkumi direktori perniagaan Islam, direktori scammers, tinjauan atau survey, e-Dagang dan lain-lain di fasa akan datang.

Ini merupakan aplikasi gaya hidup muslim kedua, yang saya jumpa mempunyai perkhidmatan untuk membuat aduan dan dapatkan bantuan bagi sebarang masalah peribadi. Sebelum ini, saya ada temuinya melalui aplikasi Hijrah Diri – Homoseksualiti yang disediakan oleh JAKIM. Tapi malangnya, aplikasi itu telah dibuang dari Play Store.

Jika anda berminat untuk menggunakan aplikasi Yakin, ia boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store, App Store dan Huawei AppGallery.

Artikel oleh: SoyaCincau

APLIKASI YAKIN, PLATFORM INDIVIDU DAPATKAN PERKHIDMATAN PPIM & SUMBER GAYA HIDUP MUSLIM

https://bm.soyacincau.com/2022/06/16/aplikasi-yakin-dapatkan-perkhidmatan-ppim-sumber-gaya-hidup-muslim/

PPIM LANCAR APLIKASI YAKIN, PLATFORM ADUAN ISU KEPENGGUNAAN - MALAKAT TRIBUNE - 16/06/2022

 


MOSTI PUJI INISIATIF PPIM BANGUNKAN APLIKASI YAKIN - MALAKAT TRIBUNE - 16/06/2022

 

PETALING JAYA – Aplikasi Yakin yang dibangunkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diyakini akan memainkan peranan penting dalam usaha membantu kerajaan memperkasakan hak pengguna rakyat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, beliau amat gembira dengan pelancaran aplikasi itu yang merupakan satu inovasi baharu dalam memperjuangkan hak orang ramai.

“Tahniah kepada PPIM dan semua pihak yang terlibat dalam inisiatif pembangunan aplikasi yang mengintegrasikan pelbagai maklumat dalam satu pusat sehenti.

“Pelancarannya juga bertepatan dengan objekti penubuhan PPIM untuk membela mereka yang tertindas, lebih-lebih lagi dalam cabaran dunia digital dan teknologi yang semakin banyak penipuan atau scam.

“Saya yakin aplikasi ini akan mendapat perhatian pengguna ditambah pula dengan jumlah audien sedia ada PPIM yang berjumlah 1.5 juta,” katanya pada majlis Pelancaran Aplikasi Yakin di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Sains, Teknologi dan Inovasi (MESTECC); Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan; Timbalan Ketua Setiausaha Sains, Teknologi dan Inovasi (MESTECC), Dr. Mohd Nor Azman Hassan.

Aplikasi Yakin yang menjadi platform rasmi PPIM menerima aduan penipuan dan juga sebagai medium penyebaran maklumat.

Adham berkata, selain menjadi platform untuk laporan kes-kes penipuan, aplikasi itu juga mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi digital negara.

Beliau berkata, sebagai aplikasi yang bersifat ‘one stop centre’, Yakin dalam memacu pembangunan ekonomi umat Islam khususnya dalam industri halal, pertanian, teknologi kewangan, kosmetik, farmasi, perusahaan, pelancongan dan juga insuran.

Kemunculan aplikasi itu juga katanya bertepatan dengan laporan peningkatan pengguna telefon pintar oleh Jabatan Perangkaan Negara daripada 98.2 peratus pada tahun 2020 kepada 98.7 peratus pada tahun 2021.

“Saya harap PPIM akan dapat membantu kerajaan menyalurkan maklumat kepada orang ramai melalui penulisan artikel, penyebaran kandungan video, laporan dan penyebaran berita terkini.

“Semoga usaha murni ini akan memberi manfaat kepada organisasi dan syarikat lain,” katanya.

Selain itu katanya, aplikasi Yakin itu juga akan menjadi platform yang selamat dan terkawal untuk tujuan kutipan derma dan kebajikan dengan lebih mudah.

Aplikasi Yakin kini boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play.

Antara muka dan kandungan aplikasi Yakin yang dilancarkan oleh PPIM hari ini.

Artikel oleh: Malakat Tribune

MOSTI PUJI INISIATIF PPIM BANGUNKAN APLIKASI YAKIN

https://www.malakattribunenews.com/2022/06/mosti-puji-inisiatif-ppim-bangunkan-aplikasi-yakin/

Thursday, June 23, 2022

PPIM LANCAR APLIKASI YAKIN BELA HAK KEPENGGUNAAN - MALAKAT TRIBUNE - 16/06/2022

 

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan aplikasi Yakin yang membolehkan orang ramai membuat aduan berhubung pelbagau isu kepenggunaan dan juga sebagai platform gaya hidup muslim.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, aplikasi yang dibangunkan melalui kerjasama pihaknya dengan Crescent Digital Sdn Bhd itu adalah sebagai usaha untuk membela nasib pengguna di negara ini yang tertindas dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Katanya, antara isu kepenggunaan yang semakin tidak terkawal adalah kes penipuaan secara dalam talian (scam) dan mangsa penindasan syarikat pinjaman wang tidak berdaftar atau Ah Long.

“Dengan adanya aplikasi rasmi PPIM ini, ia bukan sahaja menjadi tempat membuat aduan, tetapi akan ditambah baik dari semasa ke semasa dengan sumber-sumber maklumat yang penting untuk orang Islam.

“Sesuai dengan peredaran teknologi yang semakin pesat, kita perlukan satu inovasi dalam pembelaan hak-hak pengguna supaya kita tidak terus menjadi mangsa sindiket, peniaga, syarikat pemaju bank dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Aplikasi Yakin yang disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Sains, Teknologi dan Inovasi (MESTECC), Dr. Mohd Nor Azman Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Digital, Nina Alyssa.

Nadzim yang lebih dikenali dengan gelaran Tokki berkata, pelancaran aplikasi Pintar juga diharap dapat memudahkan orang ramai untuk tampil melaporkan kes penipuan atau penindasan sekaligus membolehkan pihaknya mengambil tindakan.

“Sejak 25 tahun penubuhan PPIM, kita telah menerima bermacam-macam aduan kes penipuan.

“Untuk kes Ah Long sahaja, tidak kurang daripada 50,000 kes dilaporkan dan dengan campur tangan PPIM, ada Ah Long yang akhirnya mengalah malah ada yang memulangkan semula wang kepada mangsa,” katanya.

Antara ciri-ciri lain yang dimuatkan pada aplikasi Yakin.
Antara ciri-ciri lain yang dimuatkan pada aplikasi Yakin.

Nadzim berkata, aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma itu turut dilengkapi dengan maklumat waktu solat, arah kiblat, doa harian dan pelbagai lagi.

“Kita harap Pintar akan menjadi aplikasi ‘wajib’ bagi umat Islam di negara ini. Buat masa ini ia masih di peringkat permulaan dan akan dikembangkan lagi melalui lebih banyak kerjasama dengan pemegang-pemegang taruh.

“PPIM juga mengalu-galukan penglibatan pihak awam dan swasta dalam mengembangkan lagi potensi aplikasi ini agar ia dapat memberi impak yang betul-betul berkesan,” katanya.

Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM LANCAR APLIKASI YAKIN BELA HAK KEPENGGUNAAN

https://www.malakattribunenews.com/2022/06/ppim-lancar-aplikasi-yakin-bela-hak-kepenggunaan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ppim-lancar-aplikasi-yakin-bela-hak-kepenggunaan

20220616 APLIKASI YAKIN DIBANGUNKAN OLEH PPIM UNTUK KEMUDAHAN PARA PENGGUNA ISLAM KHASNYA - MINAQ JIINGGO - 16/06/2022

 


APLIKASI MOBIL 'YAKIN' HASIIL KOLABORASI DI ANTARA PPIM DAN CRESCENT DIGITAL - MEDIAHARIAN - 16/06/2022

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah bekerjasama dengan Crescent Digital Sdn Bhd (Crescent Digital) untuk mencipta dan mentadbir YAKIN, aplikasi mudah alih rasmi PPIM. Dato’Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, mengeluarkan aplikasi itu hari ini.

Nama YAKIN atau dalam Bahasa Arabnya یقین‎ iaitu ‘Pasti’ dipilih sebagai simbol komitmen PPIM bukan sahaja membolehkan pengguna dan usahawan Muslim dalam era digital, malah sebagai pemangkin dan pemacu inovasi tempatan bernilai tinggi, sekali gus menyumbang kepada ekonomi digital Islam Malaysia.

Ucapan Perasmian oleh YB Dato’ Sri Adham Bin Baba

Pengguna boleh menggunakan aplikasi YAKIN, yang boleh dimuat turun secara percuma, sebagai ‘one-stop shop’ untuk pelbagai perkhidmatan PPIM, termasuk perkhidmatan aduan hal ehwal pengguna, bantuan kepada mangsa ahlong atau ceti haram, sumbangan kepada saluran yang sahih dan berdaftar. , dan akses kepada maklumat terkini daripada PPIM, semuanya daripada kemudahan telefon pintar mereka.

Selaras dengan slogan Aplikasi Digital Gaya Hidup Muslim, aplikasi YAKIN, yang dikuasakan oleh Crescent Digital dan boleh didapati secara percuma, direka untuk memudahkan pengguna Islam mengamalkan gaya hidup Muslim dalam kehidupan seharian mereka. Waktu solat, kiblat, solat harian, tasbih, dan ciri-ciri atau ciri-ciri lain disediakan dalam Modul Ibadah aplikasi YAKIN ini. Pengguna aplikasi YAKIN boleh memilih laungan azan artis terkenal tanah air iaitu Black Hanifah untuk tetapan pemberitahuan waktu solat yang hanya tersedia menerusi aplikasi tersebut.

Menurut Presiden dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula, “Aplikasi ini bukan sahaja mensasarkan pengguna, malah ia juga dibangunkan dengan matlamat untuk membantu perniagaan-perniagaan yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara khusus dan efisien kepada kumpulan pengguna Islam dan bukan Islam. Perlu juga ditegaskan bahawa kempen-kempen derma yang terdapat di dalam aplikasi YAKIN telah disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh pihak kami. Bagi pihak PPIM, kami yakin bahawa aplikasi ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia bersesuaian dengan misi PPIM sendiri iaitu melaksanakan tuntutan fardhu kifayah yang membabitkan kepentingan pengguna dan perniagaan Islam melalui tindakan proaktif dan berstrategi.”

Pelancaran Aplikasi YAKIN

Kolaborasi PPIM bersama Crescent Digital yang menyediakan khidmat transformasi digital dengan pengkhususan pada ekonomi digital Islam adalah amat benar. Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Digital, Puan Nina Alyssa, “Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan PPIM dalam inisiatif ini. Selain daripada ciri-ciri yang telah disebutkan, kami juga sedang merancang untuk memperkenalkan pelbagai lagi fitur di dalam aplikasi YAKIN merangkumi direktori perniagaan Islam, direktori scammers, tinjauan atau survey, e-Dagang dan lain-lain di fasa akan datang. Saya percaya kolaborasi ini juga dapat membina sebuah ekosistem inovasi yang hebat bagi membangunkan produk tempatan serta menjadi pemangkin kepada ekonomi digital Islam bukan sahaja di Malaysia malah di rantau Asia Tenggara. Saya juga ingin memberikan penghargaan kepada rakan-rakan kerjasama kami yang turut memberi sokongan terhadap inisiatif ini seperti Mastercard, Jakel, Syed Food, Mobiliti One, Sayajual.io, Staedtler dan Lilit”.

Untuk telefon bimbit Android dan iPhone, aplikasi YAKIN adalah percuma untuk dimuat turun daripada Google PlayStore, App Store dan Huawei AppGallery.

Ikuti @YAKINAPP di Instagram dan Facebook untuk mengikuti perkembangan aplikasi YAKIN. Layari www.ppim.org.my untuk maklumat lanjut tentang PPIM. Layari www.crescentdigital.com.my untuk maklumat lanjut mengenai Crescent Digital. Ikuti Persatuan Pengguna Islam Malaysia di Instagram (@ppim.official) dan Facebook (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) (PPIM).

Artikel oleh: Mediaharian

APLIKASI MOBIL 'YAKIN' HASIIL KOLABORASI DI ANTARA PPIM DAN CRESCENT DIGITAL

https://mediaharian.net/aplikasi-mobil-yakin-hasil-kolaborasi-di-antara-ppim-dan-crescent-digital/

APLIKASI YAKIN PPIM PERJUANG KEPERLUAN PENGGUNA, BANTU INDIVIDU TERANIAYA - GETARAN - 16/06/2022

PETALING JAYA - Mangsa penipuan scammer atau Ah Long kini boleh membuat aduan secara terus kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi aplikasi Yakin yang dilancarkan hari ini.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, aplikasi Yakin yang dibangunkan melalui kolaborasi pihaknya dengan Crescent Digital Sdn Bhd berperanan sebagai ‘one stop center’ (pusat sehenti) kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan ditawarkan PPIM.

Katanya, perkhidmatan itu termasuk aduan hal ehwal pengguna dan bantuan mangsa Ah Long atau ceti haram.

“Sepanjang 25 tahun penubuhan PPIM, kami sudah menerima kira-kira 50,000 aduan membabitkan isu pinjaman wang tak berlesen atau Ah Long, jadi dengan adanya aplikasi ini, ia akan memudahkan orang ramai untuk membuat aduan kepada kami.

“Aduan dibuat orang awam akan dihantar terus kepada PPIM melalui sistem tersebut dan kemudian dilayan jururunding kami untuk bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Aplikasi Yakin di sini, hari ini.

Perasmian pelancaran aplikasi itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Digital, Nina Alyssa.

Nadzim berkata, aplikasi tersebut bukan sahaja boleh digunakan orang ramai untuk membuat aduan kes penipuan atau Ah Long, malah ia dibangunkan untuk membantu pengguna Islam menerapkan gaya kehidupan Muslim.

“Antara ciri disediakan dalam aplikasi tersebut adalah Modul Ibadah iaitu waktu solat, arah kiblat, doa harian, tasbih dan banyak lagi.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat terkini berhubung aktiviti PPIM menerusi aplikasi tersebut,” katanya.

Jelasnya, aplikasi tersebut diharap dapat digunakan secara meluas memandangkan syarikat pembangunnya, Crescent Digital Sdn Bhd merancang untuk menambahbaik ciri teknologi itu.

“Syarikat pembangun juga ada merancang untuk memperkenalkan ciri merangkumi direktori perniagaan Islam, direktori scammer, tinjauan atau survey, e-dagang dan sebagainya.

“Memandangkan PPIM mempunyai jumlah pengikut media sosial antara terbesar dalam kalangan masyarakat Muslim di negara ini, iaitu lebih daripada 1.5 juta orang, kami berharap aplikasi ini dapat memberi manfaat kepada bukan sahaja kepada pengguna Islam, malah bukan Islam,” katanya. - Getaran, 16 Jun 2022

Artikel oleh: Getaran

APLIKASI YAKIN PPIM PERJUANG KEPERLUAN PENGGUNA, BANTU INDIVIDU TERANIAYA

https://www.getaran.my/artikel/semasa/25366/aplikasi-yakin-ppim-perjuang-keperluan-pengguna-bantu-individu-teraniaya

16 JUN 2022-S4-APLIKASI YAKIN-BANTU KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN - BERITA RTM - 16/06/2022

 






PPIM BANGUNKAN APLIKASI YAKIN, BANTU KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN - ONE NEWS - 16/06/2022

 

Aplikasi YAKIN, sebuah platform gaya hidup Muslim yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dilihat mampu membantu pengguna mengenal pasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat penipuan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata aplikasi itu akan membantu pengguna untuk lebih berwaspada sebelum menjalankan sebarang urusan, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Aplikasi YAKIN turut menyediakan ciri-ciri lain antaranya tasbih digital, waktu solat, arah kiblat, doa harian dan kalkulator zakat. Beliau berkata demikian pada sidang media majlis pelancaran Aplikasi ‘Yakin’ di Petaling Jaya.


Artikel oleh: One News

PPIM BANGUNKAN APLIKASI YAKIN, BANTU KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN

http://www.onenews.my/ppim-bangunkan-aplikasi-yakin-bantu-kenal-pasti-perkhidmatan-mengelirukan/

PEMBANGUNAN APLIKASI BERMANFAAT, PERCEPAT USAHA CAPAI NEGARA BERTEKNOLOGI TINGGI 2030 - BERITA RTM - 16/06/2022

 

PETALING JAYA, 16 Jun- Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi mengalakkan lebih banyak pembangunan aplikasi terutama berkaitan dengan pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata ia bertujuan mempercepatkan proses ke arah mencapai negara berteknologi tinggi 2030.

"Dalam hala tuju kerajaan untuk menjadikan negara kita berteknologi tinggi pada 2030 kita mengalu-alukan lebih banyak aplikasi untuk dibangunkan terutama sekali aplikasi yang ada kaitan dengan pengguna," kata Dr Adham Baba dalam sidang media majlis pelancaran Aplikasi 'Yakin', di sini.

Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan satu aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai 'YAKIN'.

Ia merupakan satu aplikasi bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan seperti aduan hal ehwal pengguna, bantuan mangsa ceti haram, sumbangan derma kepada saluran berdaftar dan sumber informasi terkini.

"Fasa kedua pembikinan pembangunan aplikasi ini secara dalam talian untuk membuat perdagangan yakin dan selamat serta patuh syariah. Untuk itu, kita menyambut baik usaha PPIM dan syarikat Crescent Digital yang berinovasi mengutarakan teknologi serupa ini dan kita terus memperkasakan sains dan teknologi," tambah beliau.

(Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba)

Tambah beliau, penggunaan bahasa Malaysia di dalam aplikasi 'YAKIN' juga merupakan salah satu usaha memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.


Artikel oleh: Berita RTM

PEMBANGUNAN APLIKASI BERMANFAAT, PERCEPAT USAHA CAPAI NEGARA BERTEKNOLOGI TINGGI 2030

https://berita.rtm.gov.my/index.php/teknologi/41808-pembangunan-aplikasi-bermanfaat-percepatkan-negara-capai-negara-berteknologi-tinggi-2030?fbclid=IwAR0Qbd7iRc3FKNNaOxBhmM_NwmItC4vcC_Um4NS4UqIKe9OfH2vhhR_t5QM

Wednesday, June 22, 2022

APLIKASI YAKIN BANTU PENGGUNA DAPATKAN KHIDMAT PPIM - HARIAN METRO - 16/06/2022

 

Petaling Jaya: Aplikasi Yakin yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bakal menjadi 'pusat sehenti' untuk masyarakat mengenal pasti perkhidmatan mengelirukan dan penipuan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, aplikasi itu yang dibangunkan bersama Crescent Digital Sdn Bhd (Crescent Digital) juga akan membantu pengguna agar lebih berwaspada dalam menjalankan sebarang urusan.

"Pengguna boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPIM seperti aduan hal ehwal pengguna, sumbangan derma dan pelbagai maklumat terkini daripada PPIM dengan mudah menggunakan telefon pintar mereka," katanya pada sidang media selepas pelancaran aplikasi itu di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Digital Nina Alyssa.

Dr Adham berkata, beliau percaya Yakin berpotensi untuk menjadi aplikasi gaya hidup Muslim tempatan yang utama dan komprehensif di Malaysia, selain menyokong peniaga menerusi penjualan barangan.

Harapannya, pada masa hadapan PPIM dapat menjadikan aplikasi Yakin sebagai platform e-dagang yang menjual barang harga patut untuk manfaat pengguna.

Sementara itu, Nadzim berkata, selain perkhidmatan aduan dan bantuan mangsa along atau ceti haram, Yakin juga menjadi saluran pengguna Islam mendapatkan maklumat waktu solat dan yang berkaitan.

"Bukan itu sahaja, aplikasi ini dibangunkan untuk membantu perniagaan yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara khusus dan efisien.

"Perlu juga ditegaskan bahawa kempen derma yang terdapat dalam aplikasi Yakin telah disemak dan disahkan dahulu pihak kami.

"Kami yakin aplikasi ini dapat memberi kemudahan dan manfaat kepada semua rakyat di Malaysia," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

APLIKASI YAKIN BANTU PENGGUNA DAPATKAN KHIDMAT PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/852502/aplikasi-yakin-bantu-pengguna-dapatkan-khidmat-ppim

APLIKASI YAKIN BANTU KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN - BERITA HARIAN - 16/06/2022

 

KUALA LUMPUR: Aplikasi YAKIN, sebuah platform gaya hidup Muslim yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dilihat dapat berperanan penting dan mampu membantu pengguna mengenal pasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat scam (penipuan).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata aplikasi yang dibangunkan bersama Crescent Digital Sdn Bhd itu akan membantu pengguna untuk lebih berwaspada sebelum menjalankan sebarang urusan, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Beliau berkata, menerusi aplikasi itu, PPIM akan menyokong langkah memperkasa kepenggunaan dengan mengenalpasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat scam, seterusnya memaparkannya di dalam aplikasi YAKIN untuk rujukan pengguna.

"Jelas, aplikasi ini adalah bertepatan dengan objektif penubuhan PPIM untuk memperjuangkan hak pengguna seterusnya melahirkan generasi masyarakat yang berakhlak murni serta dapat mendidik rakyat supaya canggih dan celik teknologi," katanya pada majlis pelancaran aplikasi mudah alih YAKIN di sini, hari ini.

Dr Adham berkata, aplikasi itu juga berpotensi digunakan sebagai platform untuk membantu serta menyokong peniaga untuk mempromosikan produk mereka.

"Harapan saya apabila masuk fasa kedua kelak, PPIM dapat menjadikan aplikasi ini platform e-dagang yang menjual barang harga patut untuk manfaat pengguna," katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata aplikasi YAKIN dibangunkan bagi memudahkan orang ramai membuat aduan kepenggunaan dan mendapatkan bantuan mangsa pemberi wang tidak berlesen atau ceti haram.

Selain itu, aplikasi berkenaan turut menawarkan perkhidmatan saluran sumbangan derma kepada pihak yang sahih.

Katanya, selain untuk memperkasa pengguna dan usahawan Muslim era digital ia juga sebagai pemangkin dan pemacu inovasi tempatan bernilai tinggi dalam menyumbang kepada ekonomi digital Islam di Malaysia.

"Aplikasi ini bukan sahaja menyasarkan pengguna, malah ia juga dibangunkan dengan matlamat untuk membantu perniagaan yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara khusus dan efisien kepada kumpulan pengguna Islam serta bukan Islam.

"Apa yang lebih penting, kempen derma yang terdapat di dalam aplikasi YAKIN sudah disemak dan disahkan terlebih dahulu," katanya.

Nadzim berkata, ciri lain yang terdapat dalam aplikasi itu termasuk Modul Ibadah iaitu waktu solat, kiblat, doa harian, tasbih dan banyak lagi.

Katanya, dengan jumlah pengikut media sosial yang besar iaitu lebih daripada 1.5 juta orang di lima platform media sosial, aplikasi itu berkemampuan untuk menjadi aplikasi gaya hidup Muslim tempatan yang utama dan paling komprehensif.

Artikel oleh: Berita Harian

APLIKASI YAKIN BANTU KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/966636/aplikasi-yakin-bantu-kenal-pasti-perkhidmatan-mengelirukan

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL