Tuesday, June 7, 2022

THE HOOD MAN SUDAH BERI MAKLUMAT [METRO TV] - HARIAN METRO - 06/06/2022

 

Sungai Besar: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjaya menghubungi 'The Hood Man' atau Abdullah yang menyalurkan maklumat berkaitan isu loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia yang didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, maklumat yang diperoleh daripada lelaki terbabit akan disahkan untuk tujuan siasatan kes berkenaan.

"Beliau (Abdullah) sudah dapat dihubungi dan maklumat yang diberikannya akan dijadikan bahan tindakan terhadap sesiapa yang pernah terbabit dalam kes tersebut.

"Setakat ini, kita sudah gantung syarikat itu (lesen loji sembelihan TFI Lobethal)," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) di Rancangan Tanah Belia 1, Sungai Panjang, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Datuk Razali Shahabudin dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YAPIS, Dr Halimah Ali.

IDRIS Ahmad (tengah) memotong riben sebagai simbolik Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) di Rancangan Tanah Belia 1, Sungai Panjang, hari ini. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
IDRIS Ahmad (tengah) memotong riben sebagai simbolik Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) di Rancangan Tanah Belia 1, Sungai Panjang, hari ini. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN

Media sebelum ini melaporkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahabat 99 mendedahkan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) penyembelihan halal oleh loji sembelihan TFI Lobethal, Australia yang mendapat kelulusan dari badan induk halal, JAKIM.

Susulan itu, kerajaan berusaha menjejaki Abdullah bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keselamatan Abdullah, Idris percaya ia tidak mempunyai sebarang masalah kerana Australia adalah negara yang menekankan hak kepenggunaan.

"JAKIM tidak berkompromi mengenai isu halal yang menjadi aspek penting dalam makanan dan minuman kepada penduduk Islam di Malaysia.

"Setakat ini, kita tidak dengar mengenai penyelewengan dilakukan pegawai Jakim dalam soal halal.

"Ini jelas dan ada menganggap JAKIM rumit disebabkan kita mengikut prosedur operasi standard (SOP) sebab jaga makan minum orang. Disebabkan itu, halal Jakim dihormati di peringkat dunia," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

THE HOOD MAN SUDAH BERI MAKLUMAT [METRO TV]

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/849414/hood-man-sudah-beri-maklumat-metrotv


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...