3400) SIDANG MEDIA : BULI PEMANDU LANGGAR UNDANG-UNDANG "ANJINGKAN" PEGAWAI JPJ - 2/2/2017
KUALA LUMPUR 2/2/10 - Terbaru, kes penghinaan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang dilakukan oleh sepasang pasangan yang dibuat di laman sosial facebook.Kejadian itu terjadi selepas satu pasangan ditahan oleh JPJ atas kesalahan undang-undang jalan raya dengan menggunakan jalan kecemasan akibat kesesakan jalan raya. Dalam masa yang sama, pesalah jalan raya tersebut cuba memberi rasuah kepada pegawai JPJ namun mereka menolak dan memberi saman kepada pasangan tersebut. Satu laporan polis telah dilakukan oleh pegawai tersebut atas melanggar undang-undang jalan raya. Dalam masa yang sama pesalah cuba memberi rasuah kepada pegawai JPJ.Sidang media ini bukan kerana sogokan yang cuba diberi semata-mata akan tetapi pesalah talah mengeluarkan perkataan yang kesan dan berbau penghinaan kepada pegawai JPJ yang taat dan patuh dalam melaksanakan tugasnya.“kita di persatuan rasa tak cantik lah, jadi bila kawan kita dari union menghubungi kita dan kita rasa perkara ini perlu dibawa ke tahap satu lagi” kata Datuk Nadzim johan ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam satu sidang media bersama Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) disini.Kata beliau lagi “Kita kena backup penguatkuasa yang jujur dan saya minta DPP”. Dari pandangan Ketua Aktivis PPIM, kes seperti ini melibatkan isu budaya kita dan penguatkuasaan dan jika kes ini tidak diambil tindakan ia mampu melemahkan bahagian penguatkuasa.
Selain itu, Hamzah Masri President KPPJSM bersama setiausahanya Azman Shah mengatakan bahawa ahli persatuan mereka telah membuat laporan polis di ipoh dan satu lagi di Putra Jaya atas penghinaan yang dibuat didalam laman sosial facebook.“saya bagi pihak persatuan berharap agar dengan laporan polis ini, kami berharap agar pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas isu-isu ini supaya dapat mengambil tindakan dan membawa mereka ini ke pengadilan supaya perkara ini tidak berulang” kata Hamzah Masri President KPPJSMMemandangkan isu ini ada kaitan dengan pengguna jalan raya maka beliau meminta persatuan pengguna untuk bersama-sama menyokong aduan yang telah dibuat oleh KPPJSM.Selain itu, kata Ketua Pengarah Unit Tindakan Khas Mohamad Yusuf Azmi “Tidak kira lah perayaan apa sekalipun baik tahun baru cina, deepavali atau raya melayu, semua orang bertungkus-lumus untuk balik kampung. Tetapi kita perlu menghormati dan mematuhi undang-undang.”“harini saya lihat, komen-komen di facebook mereka suka-suka sahaja dan tindakan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKM) kurang berkesan” luahan yang dikeluarkan oleh En. Yusuf bedasarkan dari pandangan dan pengalaman itu adalah bertujuan untuk menyeru pihak berkaitan untuk menguatkan lagi undang-undang supaya mereka merasakan takut sedikit untuk melakukan penghinaan dalam dunia cyber ini.
No comments:
Post a Comment