ALOR SETAR – Pejabat
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri membuat
pemeriksaan mengejut ke atas sebuah premis memproses bebola ikan di Mergong
disini semalam.
Pemeriksaan pada pukul
11 pagi itu dibuat selepas produk makanan tersebut viral di Facebook dan
WhatsApp kerana didakwa menggunakan dua jenama berbeza sedangkan tulisan dan
warna adalah sama.
Dua jenama yang
digunakan adalah Kak Su dan Hong Seng Fish Products Sdn. Bhd. Yang di dakwa
mengelirukan pengguna.
Pengarahnya, Mohamad
Fitri Hassan berkata, hasil pemeriksaan mendapati pemilik permis melakukan dua
kesalahan membabitkan isu pelabelan dan penggunaan alat timbang dan sukat tidak
sah.
“ kita dapati tiada
label berat atau kuantiti pada bungkusan bebola ikan selain permis menggunakan
alat timbang dan sukat yang tidak sah,” katanya pada sidang akhbar di PPDNKK
Kedah di sini semalam.
Kata beliau, pihaknya
menahan pemilik permis berusia 50-an dab empat pekerja terdiri daripada dua
pekerja tempatan dan dua Bangladesh untuk diambil keterangan.
‘kita turut merampas
sebanyak 204 peket bebola ikan dan alat timbang elektronikbernilai RM 800,”
ujarnya.
Dua kesalahan itu
disiasat dibawah Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan2011 dan
Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972.
Menurut Mohamad Fitri,
premis tersebut juga telah diarah tutup selama 14 hari oleh Kementerian
Kesihatan bagi kerja-kerja pembersihan
No comments:
Post a Comment