Friday, February 24, 2017

3511) NGO DESAK BEBASKAN KANAK-KANAK ROHINGYA – HARIAN NEWS – 24/2/2017


Kuala Lumpur: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merayu kerajaan membebaskan seorang kanak-kanak Islam Rohingya berusia 15 tahun yang ditahan pihak berkuasa kerana tidak memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang sah.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Hishamuddin Hashim berkata, tindakan itu juga dilihat seperti ‘bercanggah’ dengan pendirian Malaysia yang selama ini begitu prihatin terhadap nasib etnik berkenaan di negara ini.
“Selama ini rakyat kita membawa mesej yang jelas termasuk mengadakan perhimpunan demi menunjukkan kepada dunia soladiriti kita menentang kekejaman terhadap etnik Rohingya.
“Namun pada masa sama pada 25 Januari lalu, kita telah menahan seorang kanak-kanak Rohingya dan mengadapkannya ke Mahkamah Majistret Sepang di bawah Seksyen (6)(c) Akta Imigresen 1969/63 atas kesalahan tidak memiliki kad UNHCR yang sah,” katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, Presiden MHO Dr Noorazman Mohd Ssuddin dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia Zamri Zaimon.
Hisyamuddin berkata, penahanan lanjut kanak-kanak itu juga menggambarkan kegagalan kerajaan menyediakan perlindungan sewajarnya kepada anak pelarian sebagai negara yang telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Di bawah konvensyen itu melalui Artikel 22 katanya, jelas menyatakan negara-negara anggota hendaklah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan pelarian kanak-kanak menerima perlindungan dan bantuan kemanusiaan yang sepatutnya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL