Saturday, February 25, 2017

3514) RAYU BEBAS BUDAK ROHINGYA - HARIAN METRO - 25/2/2017

                 harian metro 25.2.2017
  Kerajaan dan institusi kehakiman negara dirayu membebaskan seorang kanak-kanak Islam Rohingya berusia 15 tahun yang ditahan pihak berkuasa kerana tidak memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), yang sah. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Hishamuddin Hashim berkata, tindakan itu juga seperti ‘bercanggah’ dengan pendirian Malaysia yang selama ini begitu prihatin membela nasib etnik berkenaan di negara ini. Selain itu, menurut beliau, pendakwaan dibuat di Mahkamah Majistret Sepang mengikut Seksyen (6)(c) Akta Imigresen 1969/63 atas kesalahan tidak memiliki kad UNHCR sah pada 25 Januari lalu menimbulkan persoalan. “Persoalannya, Akta Kanak-Kanak 2001 menyebut kanak-kanak adalah seseorang yang berumur di bawah 18 tahun dan dalam kes ini, warga Rohingya itu baru berusia 15 tahun. “Jadi, sepatutnya kuasa pendengaran atau apa saja pertuduhan terhadapnya hendaklah didengar di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Tambahan pula kanak-kanak itu bukan melakukan kesalahan jenayah yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Majistret,” katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam. Hadir sama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, Presiden MHO Dr Noorazman Mohd Suddin dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia Zamri Zaimon.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL