Monday, February 20, 2017

3494) Platform maklumat peniaga disenarai hitam - UTUSAN ONLINE - 18/2/2017

Platform maklumat peniaga disenarai hitam Platform maklumat peniaga disenarai hitam PENINGKATAN berterusan kes penipuan melibatkan perniagaan dalam talian amat membimbangkan. Lebih parah apabila kebanyakan kes tersebut melibatkan jumlah kerugian yang cukup tinggi. Malah, ada kes melibatkan individu sama melakukan penipuan. Namun, disebabkan penipuan dilakukan tidak diketahui umum, maka ramai pengguna terus menjadi mangsa. Justeru, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil pendekatan proaktif dengan mewujudkan platform dalam talian bagi membolehkan orang ramai membuat semakan maklumat mengenai peniaga yang disenarai hitam kerana melakukan penipuan. Presidennya, Datuk Nadzim Johan (gambar) berkata, usaha yang masih berada pada tahap awal pelaksanaan itu akan memberi manfaat besar kepada masyarakat khususnya golongan yang gemar membuat pembelian secara dalam talian. “Platform tersebut akan disediakan dalam laman web rasmi PPIM dan mengandungi maklumat yang dikumpul hasil daripada aduan yang diterima. Insya-Allah, ia akan siap sepenuhnya sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan. “PPIM memandang serius kes-kes berkaitan dan berharap dengan adanya platform itu nanti, orang ramai akan lebih berhati-hati dan terhindar daripada menjadi mangsa,” katanya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL