Kuala Lumpur: Beberapa
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merayu kerajaan membebaskan seorang kanak-kanak
Islam Rohingya berusia 15 tahun yang ditahan pihak berkuasa kerana tidak
memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi
Pelarian (UNHCR) yang sah.
Setiausaha Agung
Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Hishamuddin
Hashim berkata, tindakan itu juga dilihat seperti 'bercanggah' dengan pendirian
Malaysia yang selama ini begitu prihatin terhadap nasib etnik berkenaan di
negara ini.
"Selama ini rakyat
kita membawa mesej yang jelas termasuk mengadakan perhimpunan demi menunjukkan
kepada dunia soladiriti kita menentang kekejaman terhadap etnik Rohingya.
"Namun pada masa
sama pada 25 Januari lalu, kita telah menahan seorang kanak-kanak Rohingya dan
mengadapkannya ke Mahkamah Majistret Sepang di bawah Seksyen (6)(c) Akta Imigresen
1969/63 atas kesalahan tidak memiliki kad UNHCR yang sah," katanya pada
sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari
ini.
Hadir sama Ketua
Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, Presiden MHO Dr Noorazman Mohd Ssuddin dan
Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia Zamri Zaimon.
Hisyamuddin berkata,
penahanan lanjut kanak-kanak itu juga menggambarkan kegagalan kerajaan
menyediakan perlindungan sewajarnya kepada anak pelarian sebagai negara yang
telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan
Bangsa Bersatu.
Di bawah konvensyen itu
melalui Artikel 22 katanya, jelas menyatakan negara-negara anggota hendaklah
mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan pelarian kanak-kanak
menerima perlindungan dan bantuan kemanusiaan yang sepatutnya.
No comments:
Post a Comment