Thursday, February 9, 2017

3427) NAK BANTERAS JUDI KENA TAHAN - HARIAN METRO - 9/2/2017

                00609393-958f-4aa3-92ca-7be7b4d65c1d
" Saya memang pelik kenapa aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti kami turut ditahan apabila niat asal untuk membanteras kegiatan haram seperti judi," katanya Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan. Beliau mengulas penahanan aktivisnya, Muhammad Yusuf Azmi oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 12 tengah hari semalam. Nadzim berkata, Yusuf ditahan kerana menghasut dan mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan undang-undang menerusi video banteras pusat perjudian yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini. " Pada Awalnya anggota polis datang untuk mengambil keterangan berhubung  video  berkenaan tetapi sebaliknya yang berlaku apabila mereka membawa Yusuf ke balai untuk siasatan lanjut. " Saya jadi hairan kerana Yusuf  tidak akan lari atau pukul orang  tetapi tidak mengapa itu kerja polis bukan kerja kita. kami masih menunggu siasatan," katanya ketika dihubungi.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL