PENDEDAHAN BEKAS GENGSTER
KUALA LUMPUR: "Jangan sesekali terjebak dengan kegiatan kongsi gelap kerana sekali terbabit, anda tidak akan dapat melepaskan diri". Itulah nasihat seorang bekas ahli kongsi gelap ketika menceritakan penderitaan sepanjang 17 tahun menjadi gengster.
Lelaki berusia 34 tahun yang pernah digelar sebagai 'Kingpin' mendakwa pernah tekad membunuh diri kerana tidak tahan dengan ancaman keselamatan bukan sahaja terhadap dirinya, malah keluarga.
Bagaimanapun, Kingpin bernasib baik kerana dinasihatkan seseorang supaya mendapat bantuan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada November tahun lalu.
Dia kini dalam dilema dan sentiasa bimbang kerana diburu kumpulan yang pernah disertainya supaya kembali kepada kegiatan lampau berkait dengan perlindungan jenayah, yang sudah ditinggalkannya.
Dera Mental, Fizikal
"Ketika menyertai beberapa kongsi gelap, saya juga pernah didera secara fizikal dan mental, terutama jika saya menolak sebarang tugasan yang diarahkan ketua.
"Sepanjang tempoh rekrut, badan saya dicacah pelbagai tatu dan menyertai ritual yang amat menyakitkan seperti mencucuk tapak tangan dengan pisau dan darahnya diminum sebagai bukti kesetiaan kepada kumpulan," katanya yang pernah direkrut selama dua tahun di sebuah tokong Siam Danok, Thailand, selepas ditawarkan menyertai Geng 04 pada tahun 2000.
Bercakap kepada BH, dia berkata, kumpulan kongsi gelap berkenaan antara lain terbabit dalam pengedaran dadah, pelacuran, penyeludupan senjata api, curi kereta, pemerdagangan manusia dan perjudian membabitkan keuntungan puluhan juta ringgit setahun.
"Kumpulan kongsi 3821 adalah kumpulan terkuat dan mempunyai rangkaian gengster antarabangsa. Bagaimanapun kebanyakan kumpulan kongsi berselindung di sebalik perniagaan yang sah seperti pusat hiburan, malah wujud pembabitan golongan yang bergelar Datuk dalam kumpulan berkenaan," katanya.
Kingpin berkata, hukuman penjara dua kali yang dijalaninya sehingga dia dibebaskan Julai tahun lalu, banyak memberi keinsafan kepada dirinya untuk berubah dan membantu pihak berkuasa membanteras jenayah.
Kegiatan Bersekongkong
"Bagaimanapun, niat mahu membantu membanteras jenayah kongsi gelap bukan mudah kerana kadang-kadang maklumat disampaikan kepada pihak yang salah, yang bersekongkol dengan kumpulan berkenaan.
"Saya difahamkan, keadaan sedemikian sudah lama diamalkan menyebabkan kegiatan kongsi gelap sukar dibendung," katanya.
Kingpin pernah ditahan polis pada tahun 2004 namun dibebaskan beberapa bulan kemudian. Pada 2007 hingga 2016, dia sekali lagi dipenjarakan atas kesalahan terbabit dalam pergaduhan yang mendatangkan kecederaan.
Dia menceritakan pengalamannya yang terkandung dalam surat akuan bersumpah setebal lima muka surat yang dibuatnya pada 7 Disember tahun lalu, selepas mendapat nasihat peguam.
Kingpin menyedari rahsianya sebagai pemberi maklumat terdedah apabila seorang ahli sindiket datang ke rumah membawa sepucuk pistol, mengugut dan membaling dua telefon bimbit ke dinding.
Dia menyatakan kesediaannya mendedahkan semua maklumat dalam jawatankuasa khas bebas untuk tindakan lanjut serta menyatakan kesanggupannya untuk menjalani ujian poligraf.
Sementara itu, berkembang sebagai satu 'profesyen bawah tanah', Bukit Aman kini mengawasi pergerakan ahli kongsi gelap yang turut mengalami revolusi apabila mereka tidak lagi berkhidmat untuk satu kumpulan sahaja.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Anti Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata ini berlaku apabila mereka sanggup bekerja dalam beberapa kumpulan lain yang menawarkan upah lebih tinggi.
Dengan kata lain, katanya, dalam setiap kongsi gelap ada pekerja tetap, pekerja kontrak dan pekerja bebas yang boleh berkhidmat tanpa terikat dengan perjanjian kumpulan.
"Mereka menawarkan pakej lengkap seperti menjaga kawasan tertentu, memberi maklumat jika ada kehadiran pihak berkuasa, memeras ugut atau mencederakan orang.
"Sebahagian besar kumpulan kongsi gelap memfokuskan kegiatan melindungi jenayah, pemerasan dan kekerasan tanpa berselindung di sebalik perniagaan sah seperti amalan berdekad tahun lalu," katanya kepada BH Plus.
Rohaimi berkata, kegiatan kongsi gelap negara ini berkembang sebagai satu 'profesyen bawah tanah' dengan anggaran keahlian 20,000 orang dalam hierarki organisasi yang kukuh, terancang dan licik.
Katanya, jumlah itu termasuk ahli yang tidak aktif dalam 72 pertubuhan yang diisytiharkan sebagai pertubuhan kongsi gelap yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355).
Malah, katanya, kumpulan kongsi gelap memiliki sistem kerja yang tersusun iaitu kursus, latihan, protokol, perjawatan, kenaikan pangkat, penggajian, audit dan hukuman jika melanggari syarat.
Rohaimi berkata, banyak kepelbagaian yang dilakukan sebagai tanda pengenalan kumpulan iaitu tidak lagi bergantung kepada mencacah tatu di badan, mewujudkan isyarat tangan, pelekat atau kod tertentu.
Fakta nombor
Tindakan ke atas ahli kongsi gelap mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959:
2015: 109
2016: 147
72 - Jumlah kumpulan/pertubuhan yang diwartakan salah di sisi undang-undang.
Kes dan tangkapan membabitkan ahli geng (jenayah kekerasan):
2015
- Jumlah kes: 51
- Jumlah tangkapan: 242 orang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2017
(968)
-
▼
February
(126)
- 3523) Amirah Mohd Noh vs Lingkaran Trans Kota Hold...
- 3522) MULTAQA PENDIDIKAN DAN SOSIAL – PPIM – 28/2/...
- 3521) PERJUMPAAN PPIM BERSAMA JABATAN INSOLVENSI M...
- 3520) OPERASI BANTERAS AKTIVITI HARAM (OPS BAH) SI...
- 3519) TIADA HAK MINTA TEMPAT KHAS MEROKOK: PPIM - ...
- 3518) POLIS MAHU JUMPA WARIS REMAJA - KOSMO - 27/2...
- 3517) CARI MEKANISMA KEKAL HARGA BERAS TEMPATAN - ...
- 3516) PPIM GESA BEBAS REMAJA ROHINGYA DITAHAN DI P...
- 3515) PPIM, MHO RAYU BEBASKAN KANAK-KANAK ROHINGYA...
- 3514) RAYU BEBAS BUDAK ROHINGYA - HARIAN METRO - ...
- 3513) DROP CHARGE, URGES NGO - NEW STRAITS TIMES -...
- 3512) ARREST OF ROHINGYA BOY LACKING UNHCR CARD AN...
- 3511) NGO DESAK BEBASKAN KANAK-KANAK ROHINGYA – HA...
- 3510) PPIM: HUBUNGI TERUS PIHAK BERWAJIB JIKA LIHA...
- 3509) GELOMBANG UNGU BANJIRI PADANG MERBOK – BN BB...
- 3508) NGO DESAK BEBASKAN KANAK-KANAK ROHINGYA – HA...
- 3507) Sidang Media : Mana Pergi Kemanusiaan? - PPI...
- 3506) DIBURU AHLONG KERANA HUTANG SUAMI – UTUSAN O...
- 3505) DIBURU AH LONG KERANA HUTANG SUAMI – UTUSAN ...
- 3504) ARREST OF ROHINGYA BOY LACKING UNHCR CARD AN...
- 3503) LAMBAKAN MINYAK SUBSIDI MALAYSIA DI PASAR T...
- 3502) Majlis Makan Malam dan Perbincangan Santai -...
- 3501) Temubual Bersama Crew Rancangan SIS TV9: Isu...
- 3500) Hari Jualan Koperasi anjuran Suruhanjaya Kop...
- 3499) SESI TAKLIMAT KESEDARAN "ANCAMAN AHLONG KEPA...
- 3498) Isu Pengurangan Penjawat Awam : Antara Kuali...
- 3496) ANDA TANYA PPIM JAWAB - HARIAN METRO ONLINE ...
- 3497) BELA DIRI TANPA SENJATA - KOSMO - 22/2/2017
- 3495) Ahli Perniagaan Nafi Tulis Surat Minta Perl...
- 3494) Platform maklumat peniaga disenarai hitam - ...
- 3493) PERHIMPUNAN RUU 355 - PPIM - 18/2/2017
- 3492) Liputan Langsung Himpunan 355 Di Padang Merb...
- 3491) ISU BEKALAN MINYAK MASAK 1 KILOGRAM BELUM SE...
- 3490)TOO MUCH VICE AMONG MUSLIM YOUTHS, HIGH TIME ...
- 3489) PENGGUNA RUGI JIKA PUSAT PENYEMBELIHAN AYAM ...
- 3488) KPI KHAS ATASI ISU KOS SARA HIDUP – SINAR HA...
- 3487) BAYAR RM-RM UNTUK DOA DIMAKBUL – SINAR HARIA...
- 3486)PEMIMPIN POLITIK, NGO, AGAMAWAN SAMPAI PIDATO...
- 3485)‘GELOMBANG UNGU’ BANJIRI PADANG MERBOK – BERI...
- 3484) KUNJUNGAN HORMAT PPIM BERSAMA MHO KE PEJABAT...
- 3483) PLATFORM MAKLUMAT PENIAGA DISENARAI HITAM - ...
- 3482) SIDANG MEDIA – PUSAT PENYEMBELIHAN AYAM HALA...
- 3481) KERJASAMA BANTERAS PUSAT JUDI - HARIAN METRO...
- 3480) Valet Doa: PPIM gesa Majlis Fatwa, Jakim wuj...
- 3479) Call For Introduction Of Mobile Application ...
- 3478) Satu mesyuarat diantara Persatuan Pengguna I...
- 3477) GBAH saran wujudkan aplikasi banteras pusat ...
- 3476) 200,000 dijangka hadir Himpunan RUU 355 - Ut...
- 3475) NGO gesa polis wujudkan aplikasi telefon pin...
- 3474) KEBAL SANGATKAH PUSAT JUDI? - SINAR TV - 16/...
- 3473) MEETING PPIM DENGAN BERNAMA CREW DI SRI WANG...
- 3472) JANGAN BERLUMBA TOPIK BERUS BABI - sin chew ...
- 3471) Splitting hairs over paint brushes? - Malays...
- 3470) How lucky! Malay Muslims don’t need to think...
- 3469) LOGO BABI – KINITV – 15/2/2017
- 3468) WUJUDKAN APLIKASI BANTERAS PREMIS JUDI, AKTI...
- 3467) KEMELUT PELABELAN TIDAK HALAL – ASTRO AWANI ...
- 3466) SIDANG MEDIA : KEMELUT ISU PREMIS PERJUDIAN ...
- 3465) PPIM WANTS TRADERS TO LABEL GOODS RESPONSIBL...
- 3464) GBAH SARAN WUJUDKAN APLIKASI BANTERAS PUSAT ...
- 3463) BANTERAS JUDI: PIHAK BERKUASA DIMINTA JADIKA...
- 3462) BERILAH DEGO RIDE PELUANG - HARIAN METRO - 1...
- 3461) Tak Perlu Risau - Metro Harian -16/2/2017
- 3460) Selesai Isu Azan Cara Baik - Harian Metro - ...
- 3459) Isu perlahan azan selesai - Berita Harian - ...
- 3458) The Association of Chinese Medicine and Call...
- 3457) KPI khas atasi isu kos sara hidup - Utusan O...
- 3456) Place Images Of Pigs Or Dogs On Products To ...
- 3455) Consumer Body Calls For Labelling Of Animal-...
- 3454) MESYUARAT PANEL PERUNDING TENAGA - 14 FEBRUA...
- 3453) SIDANG MEDIA 15 FEBRUARI 2017 : KEMELUT ISU ...
- 3452) SEMINAR KEPENGGUNAAN BERSAMA PPIM: PINJAMAN ...
- 3451) MINYAK NAIK ATAU NAIK MINYAK – SUARA KITA HA...
- 3450) Perjumpaan Antara PPIM dan Adabi Consumer In...
- 3439) Henti rampas produk bulu babi, apa reaksi pe...
- 3438) SEKAT ‘TANGAN-TANGAN GHAIB’ – UTUSAN MALAYSI...
- 3437) 5,000 PUSAT JUDI BERSEPAH – HARIAN METRO – 1...
- 3436) HASANAH DAN ALONG - HARIAN METRO - 11/2/2017
- 3435) SIASAT PENIAGA SOROK MINYAK MASAK PEKET BERS...
- 3434) PENIAGA MESTI ASINGKAN PRODUK TIDAK HALAL - ...
- 3433) Cop 'Halal Haram' akan menyebabkan banyak ma...
- 3432) Han Sha Zunuddin: No need to clarify whether...
- 3431) PERLU TINGKAT USAHA BANTERAS PERJUDIAN - HAR...
- 3430) SEBULAN LABEL BERUS BABI - HARIAN METRO - 10...
- 3429) CALL TO LABEL ANIMAL - BASED PRODUCTS - THE ...
- 3427) NAK BANTERAS JUDI KENA TAHAN - HARIAN METRO...
- 3428) SYOR CETAK LOGO BABI – HARIAN METRO – 9/2/2017
- 3426) PENGGUNA BERHAK DAPAT MAKLUMAT - SINAR HARIA...
- 3425) ‘NON-HALAL’ TAGS ADDED TO AVOID BRUSH WITH T...
- 3424) SYOR CETAK LOGO BABI – HARIAN METRO – 9/2/2017
- 3423) CAGAR BANGUNAN TAHFIZ PINJAM CETI – HARIAN M...
- 3422) PPIM CALLS FOR LABELLING OF ANIMAL-ASSOCIATE...
- 1341) CONSUMER GROUP SAYS MANY MUSLIMS ‘NOT SMART’...
- 3420) Isu barangan berunsur babi kembali lagi - bu...
- 3419) LOGO PRODUK BERKAITAN HAIWAN: MUDAH KEFAHAMA...
- 3418) PPIM GESA KERAJAAN LAKSANA PENGGUNAAN LOGO U...
- 3417) ISU BARANGAN BERUNSUR BABI: KERAJAAN DIGESA ...
- 3416) PPIM GESA LOGO KHAS BAGI BARANGAN BERKAITAN ...
- PPIM GESA KERAJAAN LAKSANA PENGGUNAAN LOGO UNTUK P...
- ISLAMIC CONSUMERS ASSOCIATION: PIG PRODUCTS SHOULD...
-
▼
February
(126)
No comments:
Post a Comment